Pada 21 Julai 2009 bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Belia telah diadakan program Skim Lencana Anti-Dadah ( SLAD ) Peringkat Zon C Petrajaya. Seramai 200 orang pelajar dari 50 buah sekolah di bahagian Kuching telah terlibat. 4 orang pelajar daripada tingkatan 2 telah mewakili SMK Pending iaitu Cleverence (2A), Nabilah Syazwani (2A), Flexia (2H) dan Claudia (2H) dengan diiringi oleh seorang guru pengiring iaitu Pn. Norezayu Mohamed Rashid. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk melawat bengkel-bengkel seperti bengkel jahitan, bengkel kimpalan, bengkel elektrik serta bengkel perabot. Objektif program ini diadakan ialah untuk :
- Memberi kesedarankepada para pelajar tentang bahaya dadah dan rokok.
- Memberi maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang bahaya dadah dan rokok.
- Membolehkan para pelajar berkongsi pengetahuan dengan rakan, ibu bapa dan masyarakat tentang bahaya dadah dan rokok.
- Merealisasikan hasrat sekolah bebas dadah dan rokok.