Lagu Sekolah





      Lagu "Bersatu Memajukan Sekolah" telah dicipta pada tahun 1991. Pada ketika itu Pengetua sekolah SMK Pending ialah En Lawrence Chong dan Penolong Kanan 1 ialah Pn Hajah Fatimah Abdullah (kini Yang Berhormat). Sebenarnya lagu ini muncul sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan mencipta lagu sekolah. Penciptanya ialah En Zulfikri Azlan dari tingkatan 5A yang kini bertugas di Jabatan Laut Sarawak di Sibu.. Sebanyak sepuluh buah lagu telah dipertandingkan yang diadili oleh Pn Hajah Fatimah, En. Phang Sin Nam, En Billy Yapp dan Pn Teresa Li (mendiang). Pemenang pertama menerima hadiah sebanyak RM 100.00, tempat kedua RM 80.00 dan tepat ketiga RM 50.00.  Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut :

Tempat Pertama       : En Zulfikri Azlan (5A)
Tempat Kedua          : Kumpulan Jong Siaw Ling
                                Kang Teok Koon
                                Bunging Gangkok
                                Kamisiah Aminah Kassim
Tempat Ketiga         :  Yang Chia Ching (5G)
Sagu Hati                :  Cikgu Siva Kumar a/l Elithamby
                                 Mike Meikenzie

     Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh En Zulfikri Azlan, kemudiannya telah diubah sedikit oleh Pn Hajah Fatimah bagi memastikan lagu ini sedap didengar. Sebahagian daripada melodinya juga diperbaiki sedikit oleh Cikgu Phan Sin Nam. Lagu ini diperdengarkan dengan iringan gitar oleh En Zulfikri Azlan sendiri yang kemudiannya telah diiringi dengan piano oleh Cikgu Billy Yapp. Lagu yang ada sekarang masih mengekalkan melodinya yang asal tetapi telah  dimurnikan semula dengan memasukkan pelbagai instrumen muzik dengan menggunakan komputer yang diusahakan oleh Cikgu Thadzul Azali  ( Kini pensyarah IPG Batu Lintang)
     

BERSATU MEMAJUKAN SEKOLAH

Bersatu kita bersama
Untuk memajukan sekolah
Kita berpegang dengan cogan kata
Jangan bertangguh bunyinya

Terus berjuang dan berbakti
Kepada ibu pertiwi
Kita hidup aman dan berharmoni
Kekal dan terus bersemadi

Inilah sumpah dari kami semua
Untuk meningkatkan kemajuan negara
Kami pelajar dari SMK Pending
Terus mencurahkan bakti

Marilah kita berikrar bersama
Tekun berusaha mencapai cita-cita
Pelajar dan guru berkerjasama
Majukan SMK Pending

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners