Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum 2018. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum 2018. Show all posts

Senamrobikton SMK Pending 2018

Senamrobikton SMK Pending 2018 telah diadakan pada 20 Oktober 2018. Antara objektif aktiviti ini adalah :

1. Mengutip dana untuk tabung PIBG bagi pembangunan prasarana sukan dan program akademik
2. Memenuhi program dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan
3. Memenuhi program RIMUP sekolah

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran tetamu dan ibubapa. Pelajar juga diambil kehadiran oleh guru tingkatan masing masing. Pelajar dan ibubapa kemudiannya bergerak ke tempat letak kereta untuk memulakan senamrobikton. Gimik pelancaran telah diadakan yang merupakan perlepasan belon sebagai menandakan bermulanya senamrobikton. Belon telah dilepaskan oleh YDP SMK Pending.

Sementara itu acara sukan negara juga berlangsung seperti merentas desa, takraw, bola keranjang, ping pong dan futsal. Kemucak aktiviti pada hari ini ialah pemberian hadiah kepada para pelajar dan guru yang berjaya mengutip kutipan terbanyak kad senamrobikton. Hadaiah disampaikan oleh YDP SMK Pending diiringi Pengetua SMK Pending. Selain itu penjualan food struck juga diadakan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Cik Violet Yong Wui Wui.

























Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Zon Negeri Sarawak Tahun 2018

Perkhemahan ini telah di adakan di Politeknik Kuching Sarawak pada 21 hingga 23 September 2018. Penganjur perkhemahan kali ini ialah SMK Seri Setia. Berikut adalah keputusan pertandingan dalam Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Zon Negeri Sarawak Tahun 2018

Tempat : Politeknik Kuching
Tarikh : 21 hingga 23 September 2018
Pengelola Bersama : SMK Seri Setia & PWTL

(A) Kawad Kaki Berkumpulan 
Tempat 1 : KV Matang
Tempat 2 : SMK Pending
Tempat 3 : SMK Seri Setia

(B) Ikatan Tali Menali Berkumpulan
Tempat 1 : KV Matang
Tempat 2 : SMK Pending
Tempat 3 : SMK Seri Setia

(C) Tiupan Boastwain's Call
Tempat 1 : SMK Seri Setia
Tempat 2 : KV Matang
Tempat 3 : SMK Pending

(D) Persembahan Berpasukan
Tempat 1 : SMK Seri Setia
Tempat 2 : SMK Pending
Tempat 3 : SMK Matang

(E) Jalan Lasak Berpasukan
Tempat 1 : SMK Pending
Tempat 2 : KV Matang
Tempat 3 : SMK Seri Setia

Kadet Lelaki Terbaik : 
PW2 (Kadet PKBM(L)) Andryan Wallter anak Sirai (SMK Pending)

Kadet Perempuan Terbaik :
BK (Kadet PKBM(L)) Nur Rasyidah Bt Sapiee (SMK Pending)

Platun Leader Keseluruhan Terbaik :
PW2 Kadet PKBM(L)) Muhammad Aminudin Bin Malek (KV Matang)

JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN PKBM(L) TAHUN 2018 : KV MATANG.
TEMPAT KEDUA : SMK PENDING
TEMPAT KETIGA : SMK SERI SETIA





































 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners