Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi bantuan persekolahan kepada pelajar sebanyak RM100.00. Bantuan ini telah disampaikan kepada ibubapa yang datang sendiri untuk mengambil bantuan. Pendapatan kurang daripada RM 3000.00 saja yang layak menerima bantuan ini. Guru tingkatan sesi petang telah menyampaikan wang tersebut kepada ibubapa berkenaan.
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending
Mansor Zainal,
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah diadakan pada 8 April 2017 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Mesyuarat bermula seawal 7.30 pagi yang merupakan aktiviti pendaftaran Kehadiran ibu bapa.
Pembentangan belanjawan kewangan telah dibentangkan oleh Pn Ivy dan sesi berdialog antara ibu bapa dengan pihak pentadbir telah berjalan dengan baik. Beberapa usul telah dibawa oleh ibu bapa untuk diperbahaskan. Semoga dengan adanya perhubungan ini boleh meningkatkan pencapaian SMK Pending.
![]() |
| Barisan AJK PIBG 2017 |
Labels:
Pentadbiran
Pelajar Cemerlang SPM menerima insentif
Mansor Zainal, 03 April 2017
Empat orang pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM 2016 telah menerima insentif dari Alumni SMK Pending. Dua orang daripada mereka turut juga menerima insentif daripada Yayasan Sarawak. Mereka ialah Lau Yee Ning dan Esmeralda Caledonia. Dua orang pelajar yang lain ialah Aslester Tok Jia Xian, Chai Siew Joo dan Hon Pei Yuan. Tahniah kepada semua. Semoga dengan kejayaan ini memberi perangsang kepada pelajar lain yang akan menduduki peperiksaan awam akan datang
Labels:
Pentadbiran
Taklimat Pengagihan Komputer riba dan Dialog Prestasi
Mansor Zainal, 20 March 2017
Semua pelajar tingkatan 5 SMK Pending berpeluang menerima komputer riba daripada kerajaan. Sehubungan itu Ibu bapa pelajar telah diberi taklimat tentang syarat-syarat penggunaan komputer riba secara percuma itu
Disamping itu dialog prestasi bersama guru, pelajar dan ibubapa juga diadakan. Ibu bapa diberi penjelasan tentang prestasi anak masing-masing dan pelajar dikehendaki membuat akur janji di hadapan ibubapa masing-masing berkenaan dengan sasaran setiap subjek mereka dalam peperiksaan awam. Semoga usaha ini memberi manafaat kepada bukan sahaja pelajar malah seluruh warga SMK Pending.
Labels:
Pentadbiran
Keputusan SPM 2016
Mansor Zainal, 19 March 2017
Syabas kepada semua warga SMK Pending berdasarkan pencapaian SPM baru baru ini. GPS telah meningkat dari 6.39 kepada 6.14. Sebanyak 19 subjek telah ditawarkan dan 6 subjek daripadanya telah mencapai kelulusan 100%. Sebahagian besar daripada mata pelajaran yang ditawarkan memperlihatkan pencapaian yang memberangsangkan
Antara pelajar cemerlang 2016 ialah
1. Hon Pei Yuan (10A) : 1A+, 5A, 4A-
2. Lau Yee Ning (9A, 1B) : 4A+, 4A-, 1B
3. Esmeralda Caledonia (8A) : 3A+, 2A, 3A-,
4. Aslester Tok Jia Xian (8A,1B) : 2A+,1A, 5A-, 1B
5. Chiew Siew Joo 7A, 2B
6. Dara Pery Tehong 6A,2B
7. Nur Amira Binti Hanapi 4A, 3B, 1C
8. Priscilla Kho Huey Ting 5A, 2B, 2C
9. Chong Ai Xiang 4A, 5B
Labels:
Pentadbiran
Subscribe to:
Posts (Atom)
































