SMK Pending telah ditubuhkan pada 1974
sebagai sebuah sekolah berasrama dan harian. Tujuan asrama diwujudkan adalah
untuk menempatkan pelajar dari sekitar kawasan Pending yang tinggal agak jauh
dari lokasi sekolah. Disebabkan bangunan sekolah belum siap dibina, sesi
persekolahan SMK Pending beroperasi dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan
Bintawa. Pengetua pada masa tiu ilah Encik Ahmad bin Sabu.
Pada tahun 1975, SMK Pending telah
berpindah dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda yang juga merupakan
sebuah sekolah berasrama dan harian. Pada ketika itu, sekolah beroperasi dengan
15 orang guru, seorang kerana dan seorang pengetua.
Pada peringkat awal, sekolah hanya
mempunyai dua buah kelas sahaja, iaitu satu kelas peralihan dan satu kelas
tingkatan satu. Menjelang 1975, jumlah kelas telah meningkat kepada dua buah
kelas peralihan, dua buah kelas tingkatan satu dan dua buah kelas tingkatan
dua. Jumlah pelajar juga telah meningkat kepada 350 orang dalam jangka masa 2
tahun. Pengetua ketika itu ialah En Abdul Rahman bin Sahari
Pada penghujung 1975, SMK Pending telah
berpindah ke tapak baru berkeluasan 4.8 hektar yang terletak di Jalan Tun
Razak. Ketika itu sekolah telah beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah
harian satu siding.
Pada awal sesi persekolahan 1976, SMK
Pending telah mengalami pertambahan murid dan pertambahan jumlah kelas
peralihan, kelas tingkatan satu (8 buah kelas), Kelas tingkatan 2 (6 buah
kelas) dan sebuah kelas tingkatan 3 iaitu perintis yang bakal menduduki
peperiksaan LCE di SMK Pending yang ketika itu dipimpin oleh En Sulaiman bin
Aban. Beliau jugalah yang telah memperkenalkan motto SMK Pending iaitu “Jangan
Bertangguh”
Pada tahun 1977,
SMK Pending telah memulakan era baru dengan kelas tingkatan 4. Manakala
jumlah kelas yang lain terus meningkat. Kelas peralihan bertambah dari dua buah kelas kepada 6 buah kelas.
Kelas tingkatan 1, 2 dan 3 masing-masing meningkat kepada tujuh buah kelas.
Pengetua pada ketika ini ialah En Lawrence Chong dan digantikan dengan En Lim
Ah Lek bagaimanapun beliau hanya berkhidmat beberapa bulan sahaja
Pada tahun ini juga, majalah sekolah yang
pertama iaitu APONG telah diterbitkan. SMK Pending turut melakar kejayaan
paling berharga dengan menjadi johan peringkat negeri Sarawak dalam
pertandingan pameran sains
Pada tahun 1978, kumpulan pertama pelajar
yang menduduki peperiksaan MCE membuahkan hasil apabila seorang calon iaitu
Ting Teck Chuon telah mencapai keputusan terbaik dengan mendapat 7 unit.
Pengetua pada ketika ini ialah En Gona Theodore Sargunam (1978 – Jun 1981)
Pada tahun 1979, SMK Pending terus
membangun dengan pesat dengan jumlah pelajar meningkat kepada 1500 orang.
Jumlah kelas turut bertambah selari dengan kemudahan sukan seperti kewujudan
gelanggang tenis. SMK Pending melakar sejarahnya menjadi tuan rumah kejohanan
sukan ke 15 antara sekolah.
Pada penghujung Jun 1981 En Reggie Jerson
merupakan pengetua baru SMK Pending selama 6 tahun Kemudian En Lawrence Chong
kembali semula ke SMK Pending sebagai pengetua pada 1987. Pada tahun 1993,
prestij sekolah semakin meningkat melalui perkhidmatan dua orang guru pakar
iaitu En. Phang Sin Nan (guru pakar fizik) dan Pn Rabiah Jawa (guru pakar
Sejarah). En Lawrence Chong bersara pada 1996 dan diganti dengan Puan Hajjah
Fatimah Abdullah.
En Sukeman bin Suradi telah mengambil
alih tugas Puan Hajjah Fatimah selama dua tahun sebelum diganti oleh En Ahmad
Haji Hamdan. Beliau diganti oleh En Joseph Ng Shan Tsing sehingga 31 Mei 2012.
Mulai 1 Jun 2012 sehingga kini SMK Pending mengorak langkah baru bersama
pimpinan baru, Tuan Pengetua En Ivor Emmanuel Lim. Beliau telah mengubah
landscape SMK Pending dan menukar motto SMK Pending daripada Jangan Bertangguh
kepada “Berkesan dan Cemerlang”. Beliau kemudiannya bersara pada penghujung
tahun 2016 dan digantikan dengan pengetua baru iaitu En Yong Ing Thung