Showing posts with label Aktiviti Kurikulum 2014. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kurikulum 2014. Show all posts

Program Teknik Menjawab Soalan SPM Bahasa Inggeris

Aktiviti ini dijalankan pada hari ini 23 Sept 2014 yang diadakan di bilik gerakan SMK Pending. Tuan Pengetua telah dijemput untuk memberi kata dua kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris SPM 2014. Turut Hadir cikgu Chung Lian Choo, Pn Norlela Abdullah dan Cikgu Randy Angi. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 5S1, 5S2, 5S3 dan 5A. Penceramah merupakan seorang guru dari SMK Green Road yang juga merupakan pemeriksa kertas soalan. Semoga para pelajar mendapat menafaat daripada ceramah ini.



Pelancaran Minggu Votek 2014

Pada 4 – 8 Ogos, sempena minggu Teknik dan Vokasional Tahun 2014, pelbagai program menarik telah diadakan, dengan tema pada tahun ini Teknik dan Vokasional Pemacu Modal Insan Kreatif , Penjana Inovatif.

Antara Objektif program yang dijalankan ialah :
i.                    Memberi pendedahan berkaitan mata pelajaran Votek
ii.                  Memberi motivasi dan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Votek
iii.                Dan juga mewujudkan semangat daya saing yans sihat untuk mencapai kejayaan

Antara aktiviti yang akan dijalankan mengikut subjek ialah :
i.                    Perdagangan – Jualan @ Lagu Permintaan ( Ting 4 & 5 )
ii.                  KHB  -  Mini Food Fair  ( Ting 1 & 2 )
iii.                Prinsip Akaun  -  Simulasi Saham
iv.                Sains Sukan  -  Mini Fun Fair   ( Ting 4 & 5 )
v.                  MPV  -  Pameran & Demonstrasi


Pelbagai hadiah telah diberi kepada peserta dan pengunjung sepanjang minggu program tersebut  dijalankan. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Pelancaran Minggu Votek telah dibuat pada masa perhimpunan selepas penutupan Karnival Sains & Matematik pada Isnin 4 Ogos 2014 dan  dimeriahkan lagi dengan persembahan gaya hidup sihat, iaitu Zumba versi sains sukan dari pelajar sains sukan.





Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan 2014

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan telah berjalan dengan lancarnya pada 18 Ogos 2014. Aktiviti dimulakan dengan perarakan masuk bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia yang dibawa oleh pelajar-pelajar dari unit beruniform. 
Aktiviti diteruskan dengan ucapan pengetua yang kemudiannya merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan dengan menandatagani pada bina dan gimik pelancaran bulan kemerdekaan. Beberapa persembahan turut juga diadakan yang bertemakan kemerdekaan. Disamping itu tayangan video kronologi kemerdekaan Sarawak telah dipersembahkan kepada para pelajar. Sebelum mengakhiri perhimpunan khas ini, Cikgu Robert telah melaungkan kemerdekaan sebanyak tujuh kali diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners