Showing posts with label Aktiviti Pakaian Seragam 2011. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pakaian Seragam 2011. Show all posts

Perkhemahan PKBM Laut Peringkat Negeri Sarawak

Perkhemahan ini telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011. Perkhemahan ini diadakan di Siar Beach Resort. Pelbagai aktiviti dijalankan. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut.

Keputusan Pertandingan PKBM (Laut) Peringkat Negeri
Bola Tampar
Johan
Hijau 1
Naib Johan
Merah 1
Tempat Ketiga
Merah 2

Tiupan
Johan
SMK Bandar Kuching No.2
Naib Johan
SMK Pending
Tempat Ketiga
SM Vokasional Matang

Tali Temali
Johan
SM Vokasional Matang
Naib Johan
SMK Pending
Tempat Ketiga
SMK Bandar Kuching No.2

Jalan Lasak
Johan
SM Vokasional Matang
Naib Johan
SMK Pending
Tempat Ketiga
SMK Bandar Kuching No.2

Kawad Kaki
Johan
SMK Pending
Naib Johan
SMK Bandar Kuching No.2
Tempat Ketiga
SM Vokasional Matang

Persembahan Kebudayaan
Johan
SMK Bandar Kuching No.2
Naib Johan
SMK Pending
Tempat Ketiga
SM Vokasional Matang

Ikthiar Hidup
Johan
SM Vokasional Matang
Naib Johan
SMK Pending
Tempat Ketiga
SMK Bandar Kuching No.2

Ketua Platun Terbaik : Muhd Kamarul Nizan dari SM Vokasional Matang
Pemenang Keseluruhan : SM  Vokasional Matang


Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah 2011

Perkhemahan peringkat negeri  ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak yang telah diadakan pada 13 hinnga 17 Mac 2011 di SMK Kapit No.2. Bahagian Kuching menghantar seramai 22 orang peserta dan 4 orang guru pengiring bagi perkhemahan kali ini. Salah seorang peserta bahagian Kuching itu merupakan pelajar SMK Pending iaitu adik Daniel ak Michael.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya team building, ceramah, membina gajet, kem kraf, ikhtiar hidup/masakan rimba, sukaneka, persembahan malam kebudayaan, refleksi (Tayangan Slaid) dan Majlis perasmian penangguhan.




Sepanjang perkhemahan tersebut bahagian Kuching telah memenangi dua kategori pertandingan iaitu aktiviti ikhtiar hidup/masakan rimba dan persembahan malam kebudayaan

Majlis Perasmian Perhimpunan Belia 2011


Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Majlis ini di adakan pada 13.3.2011 di Borneo Convention Centre Kuching. Seramai tujuh orang belia diraikan kerana sumbangannya dalam bidang masing-masing. Antaranya Hafiz merupakan seorang penyanyi, Bryan Nikson Lomas - perenang negara, Zee Avi - penyayi yg tinggal di USA, Jonathan Low dan lain-lain. Disamping itu diadakan juga pameran. SMK Pending telah dijemput untuk meraikan majlis ini yang diwakili pengawas sekolah dan Pandu Puteri. Antara guru pengiringnya ialah Cikgu Siti Sara, Cikgu Khalic, Cikgu Cecelia Dilin, Cikgu Roslan Sumiran, Cikgu Liew Siaw Chin dan Cikgu Rokiah

Perkhemahan Bersepadu KRS dan NGO 2011




Perkhemahan Bersepadu KRS dan NGO Sekolah MEnengah Bahagian Kuching telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bako pada 25 - 27 Mac 2011. SMK Pending telah menghantar 10 orang ahli KRS nya dibawah ketua kontigen Daniel Michael dari 4S1. Guru pengiring bagi aktiviti ini ialah Ckigu Soffie Balqis Bernard dan Alexander Leju. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Membina Gajet
2. Orienteering
3. Ikhtiar Hidup/Masakan Rimba
4. Jungle Tracking

Sebanyak 34 buah sekolah menengah bahagian Kuching telah terlibat dalam perkhemahan ini yang melibatkan 340 orang pelajar. SMK Pending telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara ikhtiar hidup. Adik Daniel Michael dari 4S1 telah terpilih ke Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Negeri Sarawak pada 13 - 17 Mac 2011 di SMK Kapit No.2

Perkhemahan KRS Peringkat Sekolah



Perkhemahan ini diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2011 bertempat di SMK Pending. Guru-guru yang terliabt ialah Pn Soffie Balqis, En Alexander, En Mos Sinus, Pn Siti Sara, Pn Rosla, Pn Ho Yoke Yeng, Pn Siti Reges dan Pn Nenny. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kawad kaki, Pertandingan Khemah Terbaik dan Pertandingan Persembahan Kebudayaan. Ahli Terbaik Mohd Hisyamudin (5S2). Penyampaian hadiah dilakukan oleh PKKK pada Majlis Penutupan Rasmi Perkhemahan.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners