Hari Koperasi Sekolah di SMK Pending



Gambar-gambar aktiviti Hari Koperasi Sekolah SMK Pending




Pada hari ini (22.6.2009) SMK Pending telah melancarkan sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah. Sebenarnya sambutan Hari Koperasi Sekolah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut diperingkat sekolah. Sambutan Hari Koperasi ini disambut untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Sambutan Hari Koperasi bermula pada 21 hingga 27 Jun 2009. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini ialah

1. Perhimpunan Khas

2. Penanaman pokok

3. Jualan Promosi di koperasi sekolah-potongan sebanyak 5%

4. Aktiviti gotong royong

5. Lagu koperasi semasa waktu rehat

6. Ceramah berkenaan Koperasi sekolah

Perhimpunan khas yang diadakan di sekolah ini melibatkan aktiviti bacaan perutusan iaitu

Perutusan daripada Yang dipertua Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang dibacakan oleh adik Jovita

Perutusan daripada Pengerusi Eksuktif Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dibacakan oleh adik Nabila Syazwani

Perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh cikgu Kho Tong Soon

Pelajar juga dikehendaki menyanyikan lagu koperasi secara beramai-ramai dan selepas itu lafaz ikrar koperasi juga dibacakan yang diketuai oleh adik Eko Ronaldwan.

Sempena sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah, pihak koperasi SMK Pending telah mengagihkan cenderahati kepada guru-guru sekolah ini. Sambutan Koperasi peringkat sekolah bagi SMK Pending dirasmikan dengan jayanya oleh PK Hem iaitu Puan Wong Nguk Chin.

Kem Permai,Santubong







Pada 9 April yang lalu seramai 50 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring telah membuat lawatan ke Kem Permai, Santubong. Lawatan ini dianjurkan oleh beberapa kelab dan persatuan yang bergabung iaitu Kelab Koir, Kelab ERT, Kelab Pendidikan Moral, Kelab Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya serta Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan bola tampar, pertandingan nyanyian antara kumpulan-kumpulan, pertandingan membuat istana pasir dan aktiviti mandi-manda. Matlamatnya ialah untuk melahirkan pemimpin yang berwawasan, bertanggungjawab, semangat bekerjasama, berjiwa kemanusiaan dan berkeperibadian yang cemerlang

Program Fly












Bengkel Motivasi dianjurkan oleh kounselor pelatih Cik Sherry Awing yang diadakan di SMK Pending pada 18 Jun 2009. Bengkel ini melibatkan pelajar tingkatan 3B dan 3C. Bengkel sehari ini bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 12.40 tengahari.

Bengkel motivasi ini dikenali sebagai program Fly. Program ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri di kalangan pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan awam. Selain itu, program ini juga dapat mengenalpasti potensi diri masing-masing. Mereka juga didedahkan kemahiran belajar yang efektif bagi memaksimumkan potensi intelek disamping menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berpendidikan dan berinovasi selari dengan falsafah pendidikan negara. Diharapkan melalui "program fly" ini para pelajar dapat belajar mengimbangi sahsiah diri iaitu intelek, rohani dan jasmani. Aspirasi dan matlamat ini amatlah penting bagi seseorang individu untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadimik sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Konsep Fly ini adalah berteraskan impian, harapan serta matlamat yang mahu diterapkan dalam setiap diri pelajar. Konsep dan makna "Fly" adalah seperti berikut :
* F - Fly up to the sky
* L - Look down to the earth
* Y - You and me togetherness reach the destiny

Objektif program ini ialah
1. mengenali potensi dalam diri pelajar
2. mengenalpasti kemahiran belajar
3. membantu pembangunan kendiri
4. membantu pelajar mengenalpasti sumber belajar yang efektif.

Ahli Jawatankuasa Program ini

Penasihat : Encik Mos Sinus
Pengerusi : Puan Norezayu
Naib Pengerusi : Yang Mulia Raja Nurulhuda
Setiausaha : Cik Sherry Awing
Fasilitator : Dayang Norhashimah Bte Awang Hashim
: Mary Kim Soon
: Zateel Mawazini bte Hossini
: Dayang Noor Alissa bte Awang Mohd Suhaidi
: Shafiq Izzad Azmer Paza
: Anthony Along
: Susana ak Aban

Antara aktiviti yang dijalankan

1. Fly 1 - Ice Breaking - siapakah saya
2. Fly 2 - Stail belajar saya
3. Fly 3 - Matlamat Hidup
4. Fly 4 - Membina matlamat kendiri
5. Fly 5 - Hasil Kreatif
6. Fly 6 - Lambang diri
7. Fly 7 - Kenangan terindah
8. Pengisian borang matlamat (Perjanjian)
9. Ceramah Teknik dan Strategi Pembelajaran Berkesan

Program Kepimpinan Pengawas






Gambar-gambar sekitar Program Kepimpinan Pengawas





13 – 17 Mac 2009

Pada tarikh tersebut seramai 116 orang pengawas sekolah dan 22 orang guru pengiring dari semua bahagian negeri Sarawak berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 untuk menyertai program Kepimpinan Pengawas Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak. Manakala 3 orang pelajar yang telah terpilih mewakili SMK Pending ialah Law Sie Lik (4Sc2), Gevelen ak Jihob (4Sc1) dan Aemylia (4Sc1) serta guru pengiring Pn. Norezayu Mohamed Rashid. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak di bawah pengelolaan Jabatan pelajaran Daerah Kapit. Matlamatnya ialah untuk melahirkaann pemimpin yang berwawasan, bertanggungjawab, berjiwa kemanusiaan dan berkeperibadian yang cemerlang




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners