KOKO NITE





Koko Nite merupakan jamuan akhir tahun bagi Persatuan Unit-Unit Beruniform. Jamuan ini merupakan jamuan buat kali kedua yang diraikan bersama PKBM(L), Kadet Polis, Pengakap, Boy's Brigade. St John Ambulance, Pandu Puteri, Puteri Islam, PBSM, dan KRS. Pada malan tersebut diadakan anugerah Queen Of The Nite dan King of The Nite. Anugerah Queen of The nite disandang oleh Siti Aisyah Abdullah manakala King of the nite dimenangi oleh Vallary ak Jeffery. Pelbagai hamper dan hadiah diberikan kepada pemenang yang bertuah. Jamuan ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua En.Joseph Ng, PK Akademik Pn Hii, PK HEM Pn.Wong, PK. KK En Abdul Hamid, PP Petang, Pn Hazel

Lawatan Sambil Belajar ke Unit Fisioterapi Hospital Umum Kuching




Kelab Sains Sukan SMK Pending telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Fisioterapi Hospital Umum Sarawak pada 13.10.2010 jam 2.00 petang.
Objektif lawatan

  • mendedahkan pelajar tentang kerjaya dan tugas Fisioterapi
  • Membantu pelajar memahami tajuk yang berkaitan fisioterapi untuk persediaan kertas Sains Sukan SPM 2010
Seramai 40 orang pelajar yang terlibat dengan diiringi tiga orang guru pengiring iaitu Cikgu Mahdzul Kennedy, Cikgu Alexander dan cikgu Siti Nuraya.

Kursus Dalaman KOMSAS ( Form 1 - 4 )




Kursus dalaman ini telah diadakan di Makmal Komputer pada 28 September 2010. Semua guru bahasa Inggeris telah hadir yang dikendalikan oleh Cikgu Roslan Juis.

Gotong Royong Mengecat Sekolah






Gotong Royong ini telah diadakan pada 28.8.2010 yang dianjurkan oleh Pendidikan Sivik dan Kewargenaraan dengan temanya "Sekolah Kita, Wajah Kita. Semua pelajar dikehendaki hadir untuk menjalankan aktiviti mengecat bilik darjah, dan bilik-bilik khas. Program ini berakhir sekitar pukul 10.30 pagi.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners