Jamuan akhir Tahun kelas 5 Sains 3
Mansor Zainal, 14 November 2010Jamuan ini telah diadakan pada 5.11.2010. Kelas dari tingkatan 5S1, 5S2, 5A dan 5B turut dijemput untuk memeriahkan lagi parti ini. Semua guru-guru yang mengajar tingkatan 5S3 turut dijemput sama.
Labels:
Berita Terkini
Lawatan ke Cheshire Home Kuching
Mansor Zainal, 10 November 2010Kelab Pencegahan Jenayah telah mengadakan lawatan ke Cheshire Home pada 22.10.2010. Lawatan ini diiringi oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Joseph Tiyam, Cikgu Mos Sinus, Cikgu Norezayu, dan Cikgu Richard Soon. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan kediaman ini dan juga melawat mereka yang kurang bernasib baik. Disamping itu mereka juga turut bersama membuat tarian yang diiringi oleh pemuzik Chesire Home
Labels:
Kelab dan Persatuan
Festival Kebudayaan Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2010
Mansor Zainal, 09 November 2010


Festival ini diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru. SMK Pending telah dipilih olih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk mewakili negeri Sarawak ke festival tersebut. Seramai sepuluh orang penari dan dua orang pegawai pengiring menyertai festival tersebut. Mereka ialah Puan Catherine Leonard dan Encik Zainoren. Festival telah berlangsung dari 2 hingga 4 November 2010. SMK pending telah membuat persembahan sebuah tarian Iban berjudul Ngajat Lesung.
Labels:
Kelab dan Persatuan
Subscribe to:
Posts (Atom)
