Ceramah Motivasi Jati Diri
Mansor Zainal, 22 February 2011PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 TAHUN 2011
Mansor Zainal, 16 February 2011Pada 5 - 7 Januari 2011 bersamaan hari Rabu, Khamis dan Jumaat, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang SMK Pending telah menganjurkan Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 bagi tahun 2011. Program ini bertujuan untuk menyesuaikan diri pelajar-pelajar baru dengan persekitaran sekolah, mata pelajaran baru serta guru-guru di sekolah di samping memberi maklumat tentang disiplin dan biasiswa. Di samping itu ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara sesama pelajar, memupuk semangat cinta akan sekolah serta bersemangat untuk menimba ilmu di SMK Pending. Sebanyak 441 orang pelajar daripada 3 kelas peralihan dan 11 kelas Tingkatan 1 terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah tentang mata pelajaran-mata pelajaran baru oleh guru-guru penyelaras bagi setiap subjek, slot B&K serta nyanyian lagu sekolah.
SMK Pending terbakar? Api....api....api
Mansor Zainal, 22 January 20111. Semua pelajar yang berada di dalam kelas, mesti memadamkan kipas angin dan menutup tingkap dan pintu sebelum keluar kelas.
2. Keluar mengikut arah panah yang ditetapkan.
3. Apabila keluar dari kelas masing-masing, tidak dibenarkan berlari
4. Guru dan ketua kelas merupakan orang terakhir keluar dari kelas dengan membawa bersama senarai nama pelajar(borang kawalan)
5. Bagi pelajar yang berada di Blok A, Blok MPV dan makmal komputer, mereka dikehendaki berjalan menuju sepanjang jalan ke quarters guru
6. Bagi pelajar yang berada di blok B dan Blok Kemahiran Hidup hendaklah berjalan menuju ke padang sekolah.
7. Bagi pelajar yang berada di blok C dan makmal sains, mereka hendaklah berjalan menuju ke arah kantin sekolah.
8. Guru subjek yang membawa senarai nama pelajar hendaklah menyerahkan senarai nama pelajar tersebut kepada guru disiplin yang berada di lokasi yang dinyatakan tadi.





