SMK Pending Johan Pertandingan Bahas Ketua Menteri bagi peringkat Bahagian Kuching!!!!


PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2011





NAMA PEMBAHAS


KELAS
1.
ARIFF ADLY BIN MOHAMAD

6A1
2.

AKHMAL HAKIM BIN MOHAMAD

3A
3.

NABILAH SYAZWANI BT. NORASMAN

4S1
4.
SITI NORISTIQAH BT. SAPIEE (SIMPANAN)

4A1

KRONOLOGI PERTANDINGAN
TARIKH
PERINGKAT
SEKOLAH BERTANDING
CATATAN/KEPUTUSAN
7/5/2011
PUSINGAN PERTAMA
SMK PENDING VS SMK DPHA GHAFUR
SMK PENDING MENANG
21/5/2011
SUKU AKHIR
SMK PENDING VS SMK TUN ABANG HAJI OPENG
SMK PENDING MENANG
18/6/2011
SEPARUH AKHIR
SMK PENDING VS SMK ST JOSEPH
SMK PENDING MENANG
25/6/2011
AKHIR
SMK PENDING VS KOLEJ ABDILLAH
SMK PENDING MENANG
-        MENJADI JOHAN ZON A (KUCHING)
HADIAH = PIALA + WANG TUNAI  BERNILAI RM 700.00
-        MENANG KATEGORI PEMBAHAS TERBAIK (ARIFF ADLY BIN MOHAMAD – 6A1)
-        HADIAH= PIALA + WANG TUNAI BERNILAI RM 200.00

·        Smk Pending akan mewakili Zon A (Kuching) dalam pertandingan antara Zon di Sibu pada bulan Ogos 2011. Guru Pengiring Pn Helen Tatom dan Pn.Zamrah Abdul Wahab telah memimpin pasukan SMK Pending hingga ke tahap ini. Tahniah .......Tidak lupa juga kepada Tuan Pengetua En Joseph Ng yang turut memberi sokongan kepada para pelajar dan beberapa orang guru lain seperti Cikgu Kamaruzaman, Cikgu Ainelan, dan Cikgu Thian, Para pelajar yang turut datang memberi sokongan juga memainkan peranan dalam memberi semangat keyakinan kepada para pembahas !!!!!
Para Pembahas

Cikgu Kamarulzaman beserta tiga orang guru yang sudah berkahwin


Tuan Pengetua dan Pn Helen bersama para pembahas


Bergaya dengan piala yang dimenangi


Program Yang Ditawarkan dalam Multimedia University








Ceramah tentang program-program yang ditawarkan dalam Multimedia University telah diadakan pada 24.6.2011 yang disampaikan oleh wakil daripada universiti berkenaan. Ceramah ini ditujukan kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi. Ceramah ini sebenarnya memberi ruang kepada pelajar untuk menuntut di Universiti berkenaan berdasarkan keputusan yang akan mereka dapat kelak

Sekitar Sambutan Haru Guru SMK Pending 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23.6.2011. Sambutan kali ini agak meriah dengan aktiviti-aktiviti seperti pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas itu persembahan lagu popular dibibir guru iaitu "Kami Guru Malaysia dan "Pendidik Buni Kenyalang" Persembahan-persembahan lain seperti Choral Speaking, Persembahan Band daripada pelajar SMK Pending, Persembahan Guru Kumpulan "All Star", Koir Pengawas dan banyak lagi....
Cikgu Maria Bersama Rakan-rakannya

Persembahan Pelajar

Cikgu Sophie pun Nyanyi

Persembahan Guru "All Star"





HARI KELUARGA KELAB UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING








      Pada 14 Mei 2011 bersamaan hari Sabtu, kelab-kelab di bawah pengelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu Kelab Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (KBKK) telah bergabung tenaga bagi menjayakan Hari Keluarga. Sambutan Hari Keluarga ini telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar, SMK Pending. Objektif hari keluarga ini diadakan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan, kerjasama, dan pergaulan yang baik, mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat perpaduan serta menjalin semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan ahli kelab di bawah naungan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Hari Keluarga ini mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan seramai 55 orang ahli bersama Guru Penasihat iaitu En. Mos, Pn. Norezayu dan Pn. Ngien Jin Nee. Manakala Cik Raja Nurulhuda tidak dapat meraikan bersama kerana terlibat dengan seminar Safety For Children In The Internet and Social Media di Kingwood Inn, Kuching. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Wong Nguk Chin. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Pengetua En. Joseph Ng Shan Tsing dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Roslan Sumiran. Pelbagai acara menarik telah dijalankan seperti senamrobik serta sukaneka yang dikendalikan oleh AJK pelajar. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah oleh En. Roslan Sumiran serta majlis menjamu selera. 

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners