Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan

Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan was a reading challenge organised by Pustaka Negeri Sarawak in collaboration with the Sarawak Government. Its aim was to inculcate reading habits among students from all over Sarawak. This reading challenge ran through the whole of 2012.

SMK Pending sent in many entries. Audrey Chong from Form 3B has made SMK Pending proud by emerging as the second runner-up in the reading challenge. At a glittering ceremony  held at Pustaka Negeri Sarawak recently, Audrey received a trophy, a certificate and book vouchers worth RM100.

It is our hope that Audrey’s win will spur students of SMK Pending to read more. Reading is a healthy habit that will take us far, as the saying goes, Reading Takes You Places. It really does not matter whether the books are in BM, English or Chinese. What matters is… we read.

Prepared by

Sim Siaw Phing

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi SMK Pending

Sambutan ini diadakan pada 14 Jun 2013 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 1 aspirasi 1 agenda. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru pada kali ini, dimulai dengan  Perutusan Ketua Pengawas, Perutusan Tuan Pengetua, Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran

Semua guru kemudiannya naik ke atas pentas dan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang". Dengan penuh semangat semua guru SMK Pending membaca ikrar Guru. Acara seterusnya ialah upacara pemotongan kek yang diketuai oleh Tuan Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan.

Acara persembahan pula dimulai dengan persembahan seni silat oleh al-Fadhil Tuan Sazali Jebal diikuti persembahan-persembahan yang lain spt Persembahan Lembaga Pengawas, Pelajar Tg 6, nyanyian oleh guru dan persembahan Tuan Pengetua. Acara kemuncak merupakan Sukaneka yang melibatkan guru-guru yang terpilih.



Pre-Gawai Dinner SMK Pending 2013

Diadakan pada 18 Mei 2013 yanglalu bertempat di Hotel Harbour View. Tema kali ini ialah "Tikuruk Bigawea Bisamah". Host pada kali ini ialah Bidayuh Ethic.

Antara tetamu yang hadir adalah Tuan Pengetua En IvorEmannuel Lim, dan  PK I Pn. Hii Kwong Ing. En Ivor Lim mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada Jawatankuasa kerja Pre-Gawai Dinner SMK Pending tahun 2013 kerana berjaya mengadakan Makan Malam Gawai  yang manyatukan para pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan tetamu-tetamu jemputan dengan mengetengahkan budaya etnik Bidayuh, Iban dan orang Ulu. Beliau juga teruja dan tertarik dengan persembahan dan penyampaian para tetamu yang berpakaian lengkap tradisional Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Acara yang menarik pada malam itu ialah persembahan Dayung Borih" dari etnikBidayuh, tarian kaum Iban dan acara kemuncaknya ialah "Nyigar" iaitu Upacara menyeru roh dan merestu hasil padi tuaian baru secara simbolik. Selain daripada itu terdapat juga acara cabutan bertuah, Kumang dan Keling of the night. Kumang dimahkotakan kepada Pn.Dora dan Keling dimenangi oleh Mr. Teo Fang Yiang.

Semoga Pre-Gawai dinner akan datang akan diteruskan dengan sokongan yang jitu dan padu dari semua guru dan kakitangan sekolah.

Laporan disediakan oleh
Pn Marylene Placid




Untuk gambar-gambar yang lain sila klik di sini

Sarana Ibu Bapa Dan Guru


Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan 
negara yang tercinta:
Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada kejayaannya. Berbanding  52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 (PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), dijalankan oleh OECD, (Organisation for Economic Cooperation dan Development – Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara bagaimana IB menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.

Oleh itu, amatlah penting IB menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. Dalam sarana ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah IB mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan dalam empat bidang:
• Menyediakan suasana pembelajaran di rumah
• Interaksi sosial
• Komunikasi dengan anak
• Sokongan akademik


Namun sekiranya IB ingin melebarkan kefahaman dan mengambil iktibar daripada pengalaman IB lain, sila berhubung dengan PIBG sekolah berkenaan.  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda bersedia berkongsi buah fikiran bagi menangani setiap isu. Anda juga mungkin boleh memberi sumbangan idea bernas kepada mereka.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners