Ceramah Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Ceramah Skim Simpanan Pendidikan Nasional telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini. Skim ini adalah merupakan instrument simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tingi Nasional bagi tujuan pendidikan tinggi. Antara keistimewaan SSPN ialah :

1.  Layak memomohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
2.  Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga      RM6 000.00 setahun
3.  Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai      simpanan RM1 000.00 dan ke atas
4.  Pemberian geran sepadan sehingga RM 10 000.00 untuk satu keluarga            yang layak
5.  Simpanan mudah dan dijamin oleh kerajaan dan
6.  Kadar dividen yang kempetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan

Mulai 1 Januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN-I dengan simpanan minimum RM20.00. Pembukaan akaun SSPN-i  melalui kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad adalah digalakkan untuk proses yang lebih mudah dan cepat.

Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas telah dimaklum tentang SSPN-i. Mereka telah datang dan mula membuka akaun dengan membayar RM20.00 beserta butiran yang diperlukan kepada wakil SSPN-i yang hadir pada hari ini.

Sambutan Maulidur Rasul SMK Pending

Sambutan Maulidur Rasul telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Global SMK Pending pada hari ini 25.1.2014 dengan temanya Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Semua pelajar Islam dikehendaki berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah dan kemudiannya diikuti dengan perarakan sambil berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Majlis berakhir kira-kira jam 11.15 pagi. Sebelum bersurai pelajar diberi hidangan ringan.


                                                                                                                                                                                                                                  

Merentas Desa Peringkat Sekolah - SMK Pending

Pada hari ini 25.1.2014 telah diadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Semua rumah sukan diminta menghantar wakil seramai lima orang dalam setiap bahagian A, B dan C. Kejohanan bermula jam 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua sendiri. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi. Keputusan tidak rasmi menunjukkan rumah Sastria mengumpul markah tertinggi, manakala tempat kedua dimenangi rumah waja

Pengagihan Bantuan Khas Persekolahan 2014

Pengagihan Bantuan Khas Persekolahan 2014 telah diadakan pada 20 Januari 2014 (Isnin) yang diadakan dikelas masing-masing. Ibu bapa dikehendaki membawa kad pengenalan untuk menuntut wang tersebut. Sesi pagi dijalankan bermula pukul 11.35 hingga 1.00 tengah hari manakala sesi petang pemberian Bantuan Khas ini bermula pukul 1.00 hingga 2.00 petang. Seramai 1508 orang pelajar SMK Pending layak menerima bantuan ini. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringgankan beban ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners