HARI BERSAMA IBU BAPA (HBIB) 2 / 2014

 12 Julai 2014 (Sabtu) –-  Hari Bersama Ibu Bapa 2 / 2014 ; acara lazim tahunan kali kedua ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah dan pihak ibu bapa untuk  mengetahui pencapaian akademik anak-anak dalam Peperiksaan Penggal lepas (Peperiksaan 2).  Program ini bermula pada pukul 7:00 pagi .  Ibu bapa bersama-sama anak mengambil buku laporan daripada guru tingkatan di kelas masing-masing .  Dalam pertemuan ini para guru dan para ibu bapa dapat berbincang tentang pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah anak-anak .  Buku Sarana Ibu Bapa turut diedarkan kepada para ibu bapa ; satu keluarga satu Buku Sarana Ibu Bapa.  Buku Sarana Ibu Bapa merupakan satu buku panduan keibubapaan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, yang merupakan salah satu agenda dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.  Pada masa yang sama, pelajar bermasalah disiplin bersama-sama ibu bapa masing-masing berjumpa guru penyelaras disiplin di Bilik Operasi Peperiksaan.  Perbincangan dan maklum balas tersebut diharapkan mampu mempertingkat kejayaan anak-anak dalam peperiksaan selain cemerlang sahsiah.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH ANITA HASBI



Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil

9 Julai 2014  –-  Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil merupakan satu bentuk galakan  untuk pelajar-pelajar SMK Pending yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam 2012- 2013 .   Usaha murni ini tercetus hasil lawatan muhibah AJK PIBG 2012/2014 ke atas YB Datuk Dr Jerip Susil pada 17 Januari 2014 yang lepas.   YB Datuk Dr Jerip Susil telah hadir sebagai tetamu kehormat  Hari Anugerah Cemerlang 2013 (1 November 2013) yang lepas.   Satu majlis ringkas penyerahan Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil telah berlangsung di Bilik Pengetua SMK Pending, yang disampaikan oleh Encik Ivor Emmanuel Lim (Pengetua SMK Pending).  Turut hadir menyaksikan penyerahan insentif tersebut; Pn. Norlela Abdullah (YDP PIBG) dan Pn. Hii Kwong Ing (PK Pentadbiran) dan Pn. Sii Ai Sian (PK Tingkatan 6). Seramai 39 orang pelajar layak menerima insentif ini.   Insentif kecemerlangan ini diharapkan dapat memacu kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Pending dalam peperiksaan awam pada masa akan datang.  

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH ANITA HASBI



LATIHAN MENEMBAK PKBM(L) ZON SARAWAK 2014


Latihan menembak PKBM (L) Zon Sarawak 2014 diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Borneo Height, Kuching pada 21 Jun 2014

Keputusan Latihan Menembak
1. Johan SMK Seri Setia
2. Naib Johan Kolej Vokasional Matang
3. Tempat Ketiga SMK Pending

Kategori Individu

1. Johan JOROMARIO ANAK KANGSA  -  SMK Seri Setia
2      Johan       LYDIA SHAFRINA BT. SUHAILI  -  SMK Seri Setia

     Semua anggota PKBM(L) selamat mengikuti aktiviti yang telah diadakan semasa latihan menembak. Anggota PKBM(L)  Zon Sarawak telah menunjukkan komitmen dan berusaha  mengikuti aktiviti yang dilaksanakan. Semua peserta menembak selamat bertolak balik ke sekolah masing-masing pada pukul
 4.30 petang 21 JUN  2014.
     Terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring dan PKKK sekolah yang terlibat serta Pengetua SMK Pending,  Pengetua SMK Seri Setia dan Pengarah Kolej Vokasional Matang.
     Penghargaan   dan   terima kasih  dirakamkan   kepada   Jabatan   Pendidikan Negeri Sarawak dan Penyelia Unit Beruniform Jabatan Pelajaran Sarawak  En. Norman Bin Suhaili yang telah memberikan kebenaran kepada anggota PKBM(L) untuk menyertai aktiviti ini.
 Semoga pengalaman berharga yang diperoleh oleh semua kadet dan guru dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh:
MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN PKBM(L)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK





PERKHEMAHAN PKBM(L) ZON SARAWAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Perkhemahan ini diadakan di Kem Pelandok, TLDM Lumut, Perak pada 24 hingga 28 Mei 2014. Peserta perkhemahan mula melapor di Kem Pelandok, Pangkalan TLDM, Lumut, pada pukul 3.50  petang  pada 24.6.2014 (Sabtu). Peserta-peserta PKBM(L) negeri Sarawak telah menunjukkan komitmen dan berusaha  untuk menyertai semua aktiviti yang dilaksanakan. Semua peserta selamat mengikuti aktiviti yang diadakan sepanjang masa perkhemahan. Semua peserta selamat kembali ke Sarawak pada pukul 11.45 malam 28.6.2014 (Rabu) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua jurulatih TLDM, guru pengiring yang menjalankan tugas dengan cemerlang, semua Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum yang terlibat. Penghargaan khas diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan penyelaras unit beruniform Jabatan Pelajaran Sarawak  En. Norman Bin Suhaili yang memberikan keyakinan terhadap kontinjen PKBM(L) untuk menyertai perkhemahan ini.

Berikut keputusan pertandingan/Pencapaian

BIL.
ACARA/PERTANDINGAN
KEDUDUKAN
                                 WAKIL
        SEKOLAH
1.
LARIAN BERHALANGAN KATEGORI (L)

JOHAN
1. AHMAD YAZID BIN BUKHARI (5A)
SMK PENDING
2. ADZKER B. MINJI (6A1)
3. JOROMARIO ANAK KANGSA (5A)
4. YUSUF B. MOHD JOBRI (4D)
5. MOHD SYAFIQ B. AGONG AJIS (5SN)
SMK SERI SETIA
6. STEPHEN AK TEBA (5 JAT)
7. WIL MAXWILLAN AK NELSON (5 JAT)
KOLEJ VOKASIONAL
 MATANG
2.
KEBUDAYAAN
NAIB JOHAN
1. BM BOB ELVERSON ANAK TAILEND (6A2)
2. JACKY SIM CHEE WAI (6A2)
3. MOGAN RINTO ANAK LAURENCE (5B)
4. LK DENILLSON STEVE AK NICOLA (4A)
5. LK  NUR FARINA ABDUL HAFIZ (5S2)
6. EFFA SHAHIDA BINTI YUSUF (5S2)
7. ALINCIA ANAK HENRY JIKAT (5A)
8. SANDRA CAELY ANAK DEBI (5A)
9. NUR ISHAMI BINTI ROSLY (5A)

SMK PENDING
3.
MENEMBAK
NAIB JOHAN
1. LOSLIANA TRACY LOSPIN (5 JER
2. MAGDALYN AK BOMEIKA (5 JER))
KOLEJ VOKASIONAL
 MATANG
4.
IKATAN DAN SIMPULAN (P)
KETIGA
1. LK NUR FARINA ABDUL HAFIZ (5S2)
2. ZAITULNIZA BINTI SULAIMAN (6A1)
SMK PENDING
SMK SERI SETIA

Laporan disediakan oleh:

                                    MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
                                    PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN PKBM(L)

                                    JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners