Sumbangan Pelajar SMK Pending

Warga SMK Pending baru-baru ini telah berjaya mengumpul sumbangan untuk membantu dua orang pelajar miskin dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Sumbangan berbentuk barang makanan dan sedikit wang yang berjaya diperoleh daripada guru-guru SMK Pending yang bermurah hati untuk membantu pelajar ini. Majlis penyampaian sumbangan ini telah diadakan di bilik guru SMK Pending. Sumbangan telah disampaikan oleh PK Tg 6 Miss Fu Yung Yung

Evi Hartatie Anak Jugah menerima sumbangan daripada PK Tg 6

Chelester Vaine menerima sumbangan daripada PK Tg 6

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan/Kemanusiaan

Majlis Pelancaran ini diadakan pada 17 Ogos  2016 yang dijalankan di Dewan Global SMK Pending. Majlis Pelancaran ini dilaksanakan oleh pelajar Sesi pagi. Penutupan Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan akan diadakan pada 09 September 2016  yang akan dilaksanakan oleh pelajar Sesi petang pula.

Antara objektif aktiviti Bulan Kemanusiaan dan Kebangsaan ialah :
1. Memastikan pelaksanaan aktiviti pelancaran dan penutupan berjalan dengan lancar.
2. Memastikan bulan kebangsaan dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.
3. Mengukuhkan perpaduan di kalangan murid yang terdiri daripada berbilang kaum.
4. Menyemai semangat bekerjasama di kalangan murid 
5. Memupuk sikap minat terhadap matapelajaran di bawah bidang kemanusiaan

Majlis Pelancaran telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan Akademik, Pn Hii Kwing Ing. Para pelajar kemudiannya telah di war warkan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan berbentuk Slaid. Kemudian persembahan tarian dan nyanyian lagu patriotik sebagai mengakhiri pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan.











Hari Terbuka dan G4K

Hari Terbuka ini telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu). Objektif program ini adalah untuk mengaktifkan peranan Alumni SMK Pending dalam aktiviti sekolah. Selain itu menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sekolah. Para pelajar dan ibubapa juga boleh membeli hasil jualan daripada gerai-gerai yang dibuka oleh kelab dan pesatuan untuk mengutip dana PIBG SMK Pending.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Hari terbuka ini. Antaranya galeri seni, promosi Pra U, pameran kerjaya, sudut alumni, kedai buku bergerak dan sebagainya. Kemuncak hari terbuka ini adalah perasmian sudut alumni oleh Y.B Datuk  Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam.
















Pertandingan Pidato Tingkatan Enam

Pertandingan Pidato Tingkatan Enam peringkat bahagian Kuching telah diadakan di SMK Pending pada 13 Julai 2016. Pertandingan ini melibatkan sepuluh buah sekolah sekitar kuching yang mempunyai pelajar tingkatan 6. 

Pertandingan diadili oleh hakim yang tidak asing lagi iaitu En Awang Mangala dari Koleh Abdillah, En Harman Bin Aris dari SMK Seri Setia dan Pn Jumiyati Bt Parijan dari SMK Bandar Kuching No.1. Wakil PPD En Yazid bin Haji Belon, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan telah hadir dalam majlis penangguhan pertandingan pidato

Keputusan pertandingan pada kali ini adalah seperti berikut :

Johan -  SITI NURDARMILA BINTI DARUS (SMK Pending)

Naib Johan - MOHD. JAPAR BIN MOHAMAD MONIR (SMK SHAOW)

Tempat Ketiga - MOHD DANIEL ESHSAQ BIN ABDULLAH (SMK St. Joseph)














 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners