Pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2017 telah diadakan pada 2.1.2017. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 telah melapor diri pada hari tersebut bersama ibu bapa mereka. Pelajar juga dikehendaki membayar yuran-yuran tertentu yang ditentukan oleh pihak sekolah. Semoga pada tahun ini para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun.
Pendaftaran Pelajar untuk sesi persekolahan 2017
Mansor Zainal, 03 January 2017
Labels:
Pengurusan 2017
Hari Sukan Negara SMK Pending
Mansor Zainal, 10 October 2016
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan
Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke
arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal
diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap
lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari
Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh
pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta
dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai
program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari
Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah
iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas
dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit
kronik dikalangan rakyat Malaysia. Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan dan penglibatan rakyat
( http://www.harisukannegara.my/)
Sambutan Hari Sukan Negara pada peringkat sekolah bagi SMK Pending melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. Acara ini diadakan di Dewan dan di ruang tempat letak kereta. Dalam menyahut cabaran kerajaan ini, pihak sekolah telah mengadakan senamrobikton yang mengambil masa lebih satu jam. Senamrobikton ini dianjurkan oleh PIBG SMK Pending. Senaman robikton ini bukan sahaja melibatkan para guru dan pelajar tetapi juga melibatkan penyertaan AJK PIBG SMK Pending. Selain itu PIBG juga telah mengadakan jualan minuman dan pemberian cenderamata kepada pelajar dan guru yang berjaya mengutip wang untuk tabung PIBG.
Labels:
Pentadbiran
Kolokium Tingkatan Enam, SMK Pending
Mansor Zainal, 26 September 2016
Kolokium ini diadakan pada 26 September 2016 bersesuaian dengan pemilihan SMK Pending sebagai Pusat Tingkatan 6 hasil gabungan tiga buah sekolah iaitu SMK pending, SMK Seri Setia dan SMK Kuching Town No.1. Dengan adanya Kolokium ini diharapkan dapat menjana idea dalam menghadapi isu-isu yang dihadapi warga SMK Pending khususnya para pelajar tingkatan 6.
Terdapat empat topik yang menjadi kajian yang dibentangkan oleh mereka yang mahir dalam bidang masing-masing
1. Peningkatan Kemahiran Pelajar 4D untuk menukar ayat aktif kepada ayat pasif dengan menggunakan teknik PETA ALIR TAKAP oleh Mdm Leu Sit Fung
2. The Efficacy of Historical Phenomenon Modelling in teaching Form Six History oleh Dr Voon Jan Cham
3. The effects of Cooperative Learning Method on the Achievement and Attitude in MUET Writing Class oleh Ms Fu Yung Yung. PK Tingkatan 6
4. The Effects of Motivational Approaches on Learning Interest among Sixth Form Students in Kuching Samarahan Division, Sarawak. oleh Mr Ivor Lim Pengetua SMK Pending
Majlis diakhiri dengan pemberian sijil penghargaan kepada pembentang kertas kerja.
Labels:
Pentadbiran
Pameran Seni 2016
Mansor Zainal,
Pameran Seni STPM merupakan acara yang dijalankan setiap tahun sejak 2013. Pameran ini wajib dilaksanakan oleh pelajar tingkatan 6 Atas yang mengambil matapelajaran 970/3. Projek Kajian Seni Visual ini dijalankan pada Penggal keTiga .
Pada tahun ini, tema "Ekspresi Pak Belang telah ditetapkan sebagai tema dalam projek kajian pelajar. Tema ini telah menetapkan pemasalahan khusus bidang korporat yang dikaitkan dengan keunggulan sifat Pak Belang. Pemahaman pelajar tentang ciri keunggulan sifat harimau yang sesuai diterapkan sebagai budaya kerja korporat divisualkandalam bentuk karya akhir mengikut gaya dan kreaviti tersendiri. Aspresasi seni membolehkan pelajar berhubung dengan audien tentang bentuk karya yang dihasilkan serta mesej yang cuba disampaikan.
Pemeran ini disertai oleh 13 orang pelajar Tingkatan 6 Atas. Projek kajian bermula sejak bulan Jun sehingga bulan September 2016.Pameran ini turut disertai 26 orang pelajar dari tingkatan 6 Rendah yang mengambil mata pelajaran Seni Visual. Pelajar-pelajar ini didedahkan kepada cara pengelolaan program serta terlibat secara langsung dalam jawatankuasa kecil seperti jamuan dan persembahan.
Labels:
Pentadbiran
Subscribe to:
Posts (Atom)
