LDP - Kajian tindakan

LDP ini khas kepada semua guru tingkatan 6. Disampaikan oleh Dr.Voon Jan Charm. Guru-guru tingakatan 6 didedahkan dengan cara penulisan Kajian Tindakan untuk dibukukan.  Tumpuan kajian lebih kepada pemasalahan pelajar. Diharapkan kajian-kajian yang dibuat oleh guru-guru tingakatan 6 dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah. 

Turut hadir ialah Penolong Kanan tingkatan 6. Perbincangan lebih kepada berkumpulan agar dapat bertukar fikiran. Pada akhir perbincangan setiap guru dikehendaki menyediakan satu tajuk sendiri untuk dibuat kajian












 

Sumbangan Alumni SMK Pending

Terima kasih kepada mereka yang memberi sedikit sumbangan kepada SMK Pending yang berupa 6 unit LCD berjenama Benq, satu unit PC berserta dengan printer dan satu mini PA sistem yang diletakkan di bilik guru 2. Sumbangan ini diterima daripada Alumni SMK Pending. Sumbangan  disampaikan oleh Presiden Alumni SMK pending kepada Tuan Pengetua En. Yong Ing Thung. Semoga sumbangan ini dapat memberi manafaat kepada pelajar SMK Pending.





 

Kejohanan B.keranjang L18tkb MSSSB Kuching

Kejohanan yg berlangsung pada 16-20/1/17 di Stadium Tertutup Siburan telah disertai oleh 20 kontingen sekolah menengah di bahagian kuching.

Keputusan kejohanan:
Johan : SM Chung Hua No.1
N.johan : SM Chung Hua No.3
Tempat Ke-3 SMK Siburan
Tempat Ke-4 Smk Pending

Dalam pertandingan tersebut SMK Pending telah bertemu dengan SMK Green Road dan SMK Petra Jaya. Dalam pertemuan tersebut SMK Pending telah berjaya menewaskan sekolah tersebut. Pada peringkat separuh akhir SMK Pending telah berjaya menewaskan SMK Bintawa dengan mata 49 berbalas 35. SMK Pending terpaksa akur dengan SMK Siburan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. 
Tahniah Cikgu Bong Siew Phew kerana kejayaan tersebut

Laporan disediakan oleh En Roslan Sumiran - PKKK SMK Pending

Tempat Ke-4 Kejohanan Bola Keranjang L 18TKB MSSB Kuching

Sumbangan Dr Sim Kui Hian

SMK Pending telah menerima sumbangan berupa wang sebanyak RM 5000.00 daripada Dr Sim Kui Hian baru baru ini. Majlis ringkas ini telah diadakan di pejabat pengetua SMK Pending. Cek telah disampaikan oleh wakil Dr Sim Kui Hian iaitu Tan Kai iaitu setiausaha politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Tuan pengetua telah menerima sumbangan ini bagi pihak sekolah disaksikan oleh bendahari PIBG dan penolong kanan. Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam memajukan SMK Pending





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners