Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah telah diadakan di Bilik APD. Guru-guru sesi pagi telah bersama-sama datang memeriahkan suasana. Jamuan dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Pending. Terima kasih kepada semua guru-guru berbangsa Cina yang memberi sumbangan dalam menyediakan makanan. Semoga dengan adanya sambutan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru SMK Pending.
LDP - Kajian tindakan
Mansor Zainal,
LDP ini khas kepada semua guru tingkatan 6. Disampaikan oleh Dr.Voon Jan Charm. Guru-guru tingakatan 6 didedahkan dengan cara penulisan Kajian Tindakan untuk dibukukan. Tumpuan kajian lebih kepada pemasalahan pelajar. Diharapkan kajian-kajian yang dibuat oleh guru-guru tingakatan 6 dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Turut hadir ialah Penolong Kanan tingkatan 6. Perbincangan lebih kepada berkumpulan agar dapat bertukar fikiran. Pada akhir perbincangan setiap guru dikehendaki menyediakan satu tajuk sendiri untuk dibuat kajian
Labels:
Pentadbiran
Sumbangan Alumni SMK Pending
Mansor Zainal, 02 February 2017
Terima kasih kepada mereka yang memberi sedikit sumbangan kepada SMK Pending yang berupa 6 unit LCD berjenama Benq, satu unit PC berserta dengan printer dan satu mini PA sistem yang diletakkan di bilik guru 2. Sumbangan ini diterima daripada Alumni SMK Pending. Sumbangan disampaikan oleh Presiden Alumni SMK pending kepada Tuan Pengetua En. Yong Ing Thung. Semoga sumbangan ini dapat memberi manafaat kepada pelajar SMK Pending.
Labels:
Pentadbiran
Kejohanan B.keranjang L18tkb MSSSB Kuching
Mansor Zainal, 22 January 2017
Kejohanan yg berlangsung pada 16-20/1/17 di Stadium Tertutup Siburan telah disertai oleh 20 kontingen sekolah menengah di bahagian kuching.
Keputusan kejohanan:
Johan : SM Chung Hua No.1
N.johan : SM Chung Hua No.3
Tempat Ke-3 SMK Siburan
Tempat Ke-4 Smk Pending
Dalam pertandingan tersebut SMK Pending telah bertemu dengan SMK Green Road dan SMK Petra Jaya. Dalam pertemuan tersebut SMK Pending telah berjaya menewaskan sekolah tersebut. Pada peringkat separuh akhir SMK Pending telah berjaya menewaskan SMK Bintawa dengan mata 49 berbalas 35. SMK Pending terpaksa akur dengan SMK Siburan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan kejohanan:
Johan : SM Chung Hua No.1
N.johan : SM Chung Hua No.3
Tempat Ke-3 SMK Siburan
Tempat Ke-4 Smk Pending
Dalam pertandingan tersebut SMK Pending telah bertemu dengan SMK Green Road dan SMK Petra Jaya. Dalam pertemuan tersebut SMK Pending telah berjaya menewaskan sekolah tersebut. Pada peringkat separuh akhir SMK Pending telah berjaya menewaskan SMK Bintawa dengan mata 49 berbalas 35. SMK Pending terpaksa akur dengan SMK Siburan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Tahniah Cikgu Bong Siew Phew kerana kejayaan tersebut
Laporan disediakan oleh En Roslan Sumiran - PKKK SMK Pending
![]() |
| Tempat Ke-4 Kejohanan Bola Keranjang L 18TKB MSSB Kuching |
Labels:
Aktiviti kokurikulum 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)












