SMK Pending B Johan Kabbadi Perempuan 18 Tahun









Pertandingan Kabbadi Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching telah berlangsung dari 5 - 7 Mei 2010. SMK Pending telah menjadi tuan rumah dalam semua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan ini dijalankan di Padang Sekolah SMK Pending. Pertandingan Kabbadi ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin anak Jawong. Majlis penutupan pula telah dilakukan sendiri oleh Pengetua SMK Pending selaku wakil PPD daerah Kuching. Sebanyak lapan buah sekolah yang terlibat melibatkan empat kategori iaitu Lelaki 15, Perempuan 15, Perempuan 18 dan Lelaki 18. SMK Pending telah menghantar enam pasukan, lelaki 15 dan Perempuan 18 mengandungi dua pasukan, sementara perempuan 15 dan lelaki 15 masing-masing satu pasukan. Tahniah diucapkan kepada Perempuan B yang menjadi johan bagi kategori Perempuan 18 tahun. Berikut keputusan penuh pertandingan :

Perempuan 18
1. Johan SMK Pending B
2. Naib Johan SMK Santubong
3. Tempat ketiga SMK Green Road
4. Tempat keempat SMK Pending A

Perempuan 15
1. Johan SMK Tun Abdul Razak A
2. Naib Johan SMK Pending
3. Tempat ketiga SMK Tun Razak B
4. Tempat keempat SMK Demak Baru

Lelaki 18
1. Johan SMK Santubong
2. Naib Johan TUNAZ A
3. Tempat ketiga SMK Green Road
4. Tempat keempat TUNAZ B

Lelaki 15
1. Johan TUNAZ
2. Naib Johan SMK Pending B
3. Temapt ketiga SMK Santubong
4. Tempat keempat SMK Agama Matang

Gunung Santubong ditawan lagi !!!!!








Pada 30 April 2010, Kelab Pelancongan SMK Pending telah mengadakan satu ekspedisi mendaki Gunung Santubong yang melibatkan kira-kira 110 orang pelajar. Mereka ini diiringi oleh guru penasihat Kelab Pelancongan iaitu Cikgu Richard Soon. Tiga orang guru yang berminat untuk sama-sama mendaki gunung Santubong ialah Cikgu Mansor , Cikgu Bong Siaw Phew, Cikgu Abang Rasfiezan . Kira-kira pukul 12.00 tengah hari kumpulan pertama berjaya sampai ke puncak gunung yang diiringi cikgu Abang Rasfiezan, kumpulan kedua sampai ke puncak kira-kira pukul 1.30 tengah hari bersama Cikgu Bong dan Cikgu Mansor. Kumpulan terakhir sampai ke puncak pada pukul 2.00 petang. Ekspedisi ini bertolak dari kaki gunung pada pukul 10.00 pagi. Hampir separuh daripada pelajar yang menyertai ekspedisi ini berjaya sampai ke puncak gunung. Syabas kepada mereka yang berjaya sampai ke puncak.

Pertandingan Bahas Ala Parlimen




Pertandingan Bahas Ala Parlimen telah diadakan di SMK St.Thomas bagi sekolah-sekolah menengah Bahagian Kuching 2010. SMK Pending telah bertanding dengan SMK Padawan. Walaupun tewas pada peringkat awal, adik Akhmal Hakim telah dipilih sebagai pembahas terbaik. Pertandingan ini merupakan pertandingan pusingan kedua. Guru pengiring bagi pertandingan ini ialah cikgu Siti Sara Haji Ismail

Minggu Saham Amanah Malaysia 2010




Minggu Saham Amanah Malaysia telah diadakan di Padang Letak Kereta Wisma Bapa Malaysia Kuching dari 20 April hinngga 26 April 2010. Program anjuran Permodalan Nasional Berhad ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di sekitar Kuching. Pelajar-pelajar SMK Pending telah dijemput untuk membuat lawatan ke tapak pameran tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi pendidikan kepada para pelajar yang mungkin berhasrat membuat pelaburan dalam pelbagai skim ajuran Permodalan Nasional Berhad.
Pengunjung yang mendaftar di kaunter MSAM 2010 akan diberikan pasport biru untuk remaja manakala pasport berwarna merah untuk orang dewasa. pasport ini hanya sah untuk tempoh sehari yang diberikan secara percuma. Dengan pasport itu juga para pelajar dapat melayakkan diri untuk menyertai e-peraduan bagi memenangi pelbagai hadiah menarik dan menebus cenderahati . Setiap pelajar dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya empat cop daripada syarikat yang menyertai pameran itu dan menebus ganjaran. Mereka yang dapat memperolihi lima cop hingga ke 16 cop layak menyertai e-peraduan dan mendapat beg MSAM. Jika mereka berjaya mendapat lebih daripada 16 cop akan menerima cenderahati khas MSAM. Pelajar SMK Pending berjaya membawa pulang cenderahati seperti T Shirt, dan beg MSAM, malah ada pelajar yang berjaya membawa pulang kipas angin.
Sesungguhnya lawatan ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pelaburan yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners