Ceramah ini telah diadakan di bilik APD SMK Pending pada 29 Julai 2010 dari jam 2.00 hingga 3.30 petang. Penceramahnya ialah Pn Annie Tan, Manager Sarawak Family Association, Kuching. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada SLAD, PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Didalam ceramah ini pelajar didedahkan tentang maksud HIV/AIDS, cara penyakit/virus merebak dan cara menghindar jangkitan : "Healthy and Safe Life Style".
"HIV/AIDS : Awareness and Prevention"
Mansor Zainal, 07 August 2010
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
Kursus Kepimpinan Pengawas Sesi 2010/2011
Mansor Zainal,Kursus ini dianjurkan bersama Unit HEM dan Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan pada 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Global SMK Pending dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 57 orang pengawas sesi pagi menyertai kursus ini. Fasilitator terdiri daripada Guru Kaunseling sesi pagi dan guru disiplin SMK Pending. Pentadbir yang dipertanggungjawab untuk program ini ialah Pn Sii Ai Sian, PK Tingkatan 6. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh fasilitator-fasilatitor ialah "Komunikasi Berkesan"., "Ciri Kepimpinan Yang Baik"., dan "Protokol". Latihan dalam kumpulan untuk memantapkan kerjasama dan silaturahim juga dijalankan.
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
Israq Mikraj
Mansor Zainal, 03 August 2010Persatuan Pendidikan Islam telah mengadakan program Israq Mikraj yang diadakan pada 31.7.2010. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah daripada Pegawai Pendakwah HIKMAH iaitu Ustaz Sarbini Dahlan. Selain itu persembahan nasyid juga diadakan. Diakhir sesi Israq Mikraj ialah sesi soal jawab. Pelajar yang berjaya menjawab dengan betul akan diberi hadiah berupa wang sebanyak RM 5.00.
Labels:
Kelab dan Persatuan
Perhimpunan Belia Peringkat Negeri
Mansor Zainal,Perhimpunan ini diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching yang diadakan pada 23 Julai 2010 dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 120 orang pelajar yang terlibat dalam program ini dengan diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Peserta kagum dengan tempat dan persembahan di Borneo Convention Centre. Kemuncak perhimpunan belia ini ialah ucapan wakil ketua menteri iaitu Yang Berhormat Dato Mawan Ikom Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling
Subscribe to:
Posts (Atom)

