Gotong Royong ini telah diadakan pada 28.8.2010 yang dianjurkan oleh Pendidikan Sivik dan Kewargenaraan dengan temanya "Sekolah Kita, Wajah Kita. Semua pelajar dikehendaki hadir untuk menjalankan aktiviti mengecat bilik darjah, dan bilik-bilik khas. Program ini berakhir sekitar pukul 10.30 pagi.
Lawatan Ke PULAPOL
Mansor Zainal, 23 August 2010Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pending telah membuat lawatan ke Pusat Latihan Polis di Kuching pada 20.8.10. Lawatan bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Di Pusat latihan tersebut, mereka dibawa ke padang latihan kawad kaki. Selain itu mereka juga dibawa ke kawasan Ujian Fizikal dan Bertulis bagi anggota yang sedang dalam latihan polis. Mereka akhirnya diberi penerangan tentang Prospek Kerjaya Polis
Labels:
Kelab dan Persatuan
Jejak Warisan Merdeka 2010
Mansor Zainal, 19 August 2010Program Jejak Warisan Merdeka merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Disamping memberi peluang kepada para pelajar dari pelbagai kaum yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar untuk datang ke Kuala Lumpur bagi mengalami sendiri pengalaman melihat tempat-tempat bersejarah yang mempunyai signifikan kepada kemerdekaan negara, pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada fungsi dan peranan JWN dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan negara.
Sebanyak 6 buah sekolah dan satu persatuan iaitu Persatuan Siam Malaysia telah menyertai program ini yang melibatkan 100 orang peserta. SMK Pending satu-satunya sekolah mewakili Sarawak dalam program ini. Mereka ini bertolak ke Kuala Lumpur pada 28.7.2010 dan balik ke Kuching pada 2.8.2010 Tiga orang pelajar telah dipilih dengan diiringi oleh Cikgu Sulia Bedang. Pelajar itu ialah Akhmal Hakim Bin Mohamad dari tingakatan 2A, Marilyn Michelle ak Dickson dari tingkatan 1C dan Yeo Sze Ming dari tingkatan 1F
Mereka ini dibawa ke Putra Jaya International Convention Centre, Tapak Penyelidikan dan Ekskavasi Penyelamatan Tembok Melaka, Memorial Pengistiharaan Kemerdekaan Dataran Merdeka, Memorial Tengku Abdul Rahman dan Taman Budaya. Beberapa gambar kenagan pelajar yang mengambil bahagian dalam Jejak Warisan Merdeka 2010
Labels:
Bidang Kemanusiaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
