Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah 2011

Perkhemahan peringkat negeri  ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak yang telah diadakan pada 13 hinnga 17 Mac 2011 di SMK Kapit No.2. Bahagian Kuching menghantar seramai 22 orang peserta dan 4 orang guru pengiring bagi perkhemahan kali ini. Salah seorang peserta bahagian Kuching itu merupakan pelajar SMK Pending iaitu adik Daniel ak Michael.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya team building, ceramah, membina gajet, kem kraf, ikhtiar hidup/masakan rimba, sukaneka, persembahan malam kebudayaan, refleksi (Tayangan Slaid) dan Majlis perasmian penangguhan.




Sepanjang perkhemahan tersebut bahagian Kuching telah memenangi dua kategori pertandingan iaitu aktiviti ikhtiar hidup/masakan rimba dan persembahan malam kebudayaan

Hari Permuafakatan pertama 2011

Cikgu Noni Wah Serious nampaknya

Cikgu Jacqueline Tersenyum riang



Hari Permuafakatan ini telah diadakan pada hari ini iaitu 2 April 2011. Semua guru tingkatan dari menengah rendah hingga ke menengah atas telah terlibat dalam perjumpaan ini. Tujuannya untuk bertemu dengan para ibubapa untuk berbincang bagi memperbaiki keputusan anak-anak mereka. Diharap perjumpaan ini akan dapat memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa bagi membincang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka

Pertandingan Softball Bahagian Kuching








Pertandingan ini diadakan pada  29.3.2011 iaitu bertempat di SMB ST.Thomas. SMK Pending telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan Lelaki 18TKB dan 15 TKB. Pasukan Lelaki bawah 15 tahun mengandung 5 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada pasukan softball SMK Pending kerana telah berjaya mendapat tempat pertama manakala lelaki 18 TKB tidak mendapat sebarang tempat, hanya layak diperingkat kumpulan sahaja. Sebanyak 7 pasukan yang terlibat di bawah kategori ini. Guru pengiring bagi pertandingan ini ialah cikgu Mahdzul Kennedy, Cikgu Nanny, Cikgu Teo Fang Yang dan Cikgu Masiah.

Program Pelalian Pelajar Tingkatan 3 tahun 2011





Pada 28 hingga 29 Mac telah diadakan program pelalain bagi pelajar tingkatan tiga bertempat di Bilik Gerakan. Suntikan yang diberi bagi pelajar lelaki ialah Tetanus Taxoid dan BCG manakala pelajar perempuan pula selaian daripada suntikan diatas terdapat satu lagi pelalaian iaitu Rubella yang mesti diambil oleh para pelajar tingkatan 3.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners