BENGKEL CARA BERKESAN BERHENTI MEROKOK

SMK Pending, 5 MEI 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang menganjurkan Bengkel Cara Berkesan Berhenti Merokok. Seramai  49 orang pelajar sesi petang yang dikenalpasti merokok terlibat dalam bengkel ini yang berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 3:30 petang. Terdapat dua slot ceramah yang disampaikan. Ceramah pertama bertajuk, ”Cara Berkesan Berhenti Merokok” telah disampaikan oleh Cik Hasni Bt. Hashim yang merupakan Guru Pendidikan Seni sesi pagi. Ceramah kedua pula bertajuk, “Penagihan Rokok”. Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Raja Nurulhuda Bt. Raja Ibrahim iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling.





Objektif bengkel seumpama ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kandungan bahan kimia berbahaya dalam rokok yang menyebabkan ketagihan dan bahaya rokok terhadap kesihatan perokok. Di samping itu, mewujudkan kesedaran peserta untuk mengurangkan pengambilan rokok dan sekaligus berazam untuk berhenti merokok. Pendedahan awal ini sangat penting kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Bengkel ini sedikit sebanyak telah mencapai objektif yang telah digariskan dan dapat dilihat melalui respons dan maklum balas yang amat menggalakkan daripada peserta kursus semasa sesi ceramah dan kuiz pendek diajukan.

Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Kuching 2011







Pertandingan ini diadakan dari 26 hingga 28 April di SMK Tun Abang Haji Openg. Dua puluh tujuh buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini. Keputusannya :
Naib Johan Rampaian
Naib Johan Keseluruhan
Tempat ketiga Etnik.
Guru pengiring CIkgu Cathrine, cikgu Hasni, Cikgu Nordin

Program Permata Pintar






Pada 7, 8 dan 12 April 2011 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pending sesi petang telah mengadakan Ujian Permata Pintar UKM1 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ujian Permata Pintar ini telah diadakan di makmal komputer A dan B. Antara pelajar-pelajar yang terlibat ialah tingkatan 1A, 2A dan pelajar-pelajar kelab PRS, SLAD dan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya. Pelajar-pelajar yang mendududki ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1jam 30 minit untuk menjawab 148 soalan. Objektif ujian ini adalah untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar-pelajar serta mencari pelajar-pelajar pintar cerdas bagi menyertai Program Permata Pintar Negara.

Seminar IPMA






Pada 9 – 10 Februari 2011 telah diadakan seminar bagi guru-guru bimbingan dan kauseling peringkat Kuching yang bertempat di Hotel Harbour View. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada guru-guru bimbingan dan kaunseling mengenai institusi pengajian awam dan swasta yang dikendalikan oleh pihak MARA. Seramai 2 orang guru bimbingan dan kaunseling yang mewakili SMK Pending pada hari tersebut ialah Cikgu Norezayu dan Cikgu Ngien Jin Nee.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners