HOTS (Higher Order Thinking Skill) in-house Training by the English Language Department

The English Language Department organised an in-house training of HOTS for all the English teachers on Saturday, 8th February 2014 in the computer lab. The training was conducted by Mdm Sng Mee Siong who had attended the course earlier on. A total of 16 morning and afternoon session teachers attended the training.
The teachers were introduced to HOTS and its implementation in lessons and examinations. It was then followed by a task where teachers were sorted into four groups to come up with HOTS questions. At the end, the groups presented their materials and constructive feedback and comments were offered to enrich the outcomes. All the materials constructed would be kept for future use.

Prepared by Ho Beng Sien

Kejohanan Bola Jaring Piala Pengetua SMK Pending

Kejohanan Piala Pengetua SMK Pending 2014 Anjuran Bersama Kelab Bola Jaring dan Kelab Sains Sukan berlangsung selama sebulan dari 8 Februari hingga 8 March 2014. Pusingan pertama dibuat secara liga satu pusingan yang diadakan pada 8 Februari 2014. Pusingan kedua secara home and away bermula 19 Februari hingga 6 March dan pusingan akhir secara kalah mati pada 8 March2014.

Sebanyak 8 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu Pending 15, Pending 18,Seni 15, Seni 18, Sakura, SMK Kuching, SMK Batu Lintang dan Vokasional Kuching.

Pada pusingan pertama pada 8 Februari telah dilaksanakan dengan jayanya. Johan Pending 18, Naib johan Pending 15 dan tempat ketiga Sakura.


KURSUS PEMIMPIN MUDA SESI PETANG SMK PENDING

Kursus Pemimpin Muda 2014 ini diadakan pada hari ini 28 Januari 2014. Kursus ini merupakan satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam menyampaikan input-input yang bermakna kepada bakal-bakal pemimpin pelajar SMK Pending agar dapat mengimbangi pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum dengan sumbangan tenaga dan idea dalam menjalankan fungsi mereka sebagai pemimpin pelajar di sekolah.

Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing di sekolah. Keadaan ini dapat menjamin terbentuknya suasana sekolah yang harmoni, berkasih sayang, ceria, bekerjasama, bantu-membantu, bertimbang rasa, hormat-menghormati, cekal dan dedikasi yang akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang yang pelajar-pelajar ceburi atau terlibat.


 MATLAMAT

  • Melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa berteraskan ciri-ciri kepimpinan sebagai pelapis kepimpinan masa kini.


  • Pelajar dapat kenali potensi diri sendiri, orang lain dan berusaha meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi sikap negatif mereka.


Objektif Kursus
  • Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah agama,bangsa,  negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
  • Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama,
  • bertoleransi,  beramanah, menjadi role model dan mempunyai wawasan yang baik.
  • Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta tahu pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.
  • Meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah.
  • Membina keyakinan diri kepada peserta bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.

 SASARAN

Pengawas Sekolah Sesi Petang Tahun 2014 seramai 60 orang dan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan seramai 48 orang.

Ceramah Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Ceramah Skim Simpanan Pendidikan Nasional telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada hari ini. Skim ini adalah merupakan instrument simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tingi Nasional bagi tujuan pendidikan tinggi. Antara keistimewaan SSPN ialah :

1.  Layak memomohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
2.  Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga      RM6 000.00 setahun
3.  Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai      simpanan RM1 000.00 dan ke atas
4.  Pemberian geran sepadan sehingga RM 10 000.00 untuk satu keluarga            yang layak
5.  Simpanan mudah dan dijamin oleh kerajaan dan
6.  Kadar dividen yang kempetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan

Mulai 1 Januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN-I dengan simpanan minimum RM20.00. Pembukaan akaun SSPN-i  melalui kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad adalah digalakkan untuk proses yang lebih mudah dan cepat.

Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas telah dimaklum tentang SSPN-i. Mereka telah datang dan mula membuka akaun dengan membayar RM20.00 beserta butiran yang diperlukan kepada wakil SSPN-i yang hadir pada hari ini.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners