LDP i-THINK telah diadakan pada hari Sabtu lepas iaitu pada 8.3.2014. Cikgu Tan Hui Ling telah meberikan ceramah tentang i-THINK ini. Diadakan di makmal komputer melibatkan semua guru sesi pagi dan petang. Penerangan diberikan tentang konsep Peta Dakap, Peta Pelbagai Alir,Peta Alir, Peta titi, peta pemikiran, peta buih dan sebagainya. Guru-guru kemudiannya membuat bengkel berdasaarkan subjek masing-masing.
Mesyuarat Agung PIBG 2014
Mansor Zainal, 05 March 2014
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah berlangsung pada 1 Mac 2014 (Sabtu) yang lepas. Seramai 410 orang ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar serta guru-guru SMK Pending telah hadir . Mesyuarat yang bermula pada pukul 8:00 pagi telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Ahmadi Amnan (Yang Dipertua PIBG sesi 2010/2012) . Agenda mesyuarat ialah Ucapan Pengetua, Ucapan Yang Dipertua PIBG , Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan lepas , Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember sebelumnya , Membahaskan Usul , Pembubaran JK PIBG bagi tahun 2012/2014 , Pemilihan JK PIBG bagi tahun 2014/2016 , Pemilihan Juruaudit Dalaman dan Ucapan Penangguhan Mesyuarat. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada YDP dan AJK lama dan seterusnya sesi bergambar AJK PIBG 2012/2014 dan AJK PIBG 2014/2016.
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK PENDING 2014/2016
Yang Dipertua : PN HAN CHONG ENG
Naib Yang Dipertua : CIKGU NORLELA ABDULLAH
Setiausaha : CIKGU ANITA HASBI
Penolong Setiausaha : PN. KINNA AK ACHU
Bendahari : CIKGU LIM LEE KIANG
Penolong Bendahari : CIKGU MANSOR ZAINAL
Ahli Jawatankuasa : HII KWONG ING (PK 1)
Ahli Jawatankuasa : WONG NGUK CHIN (PK HEM)
Ahli Jawatankuasa : ROSLAN SUMIRAN (PK KOKU)
Ahli Jawatankuasa : SII AI SIAN (PK T6 )
Ahli Jawatankuasa : HAZEL GEORGE (PK PETANG)
Ahli Jawatankuasa : PN AHKAN AK DOIT
Ahli Jawatankuasa : EN. LEWIS AK SELI
Ahli Jawatankuasa : EN. DICKIE AK KIWIT
Ahli Jawatankuasa : EN. MORRIS AK SANYIB
Ahli Jawatankuasa : PN. CHRISTINA JUGAG
Laporan disediakan oleh Anita Hasbi
Jurugambar Pn Sng Mee Siong
Jurugambar Pn Sng Mee Siong
Labels:
Pentadbiran
Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Bahagian Kuching 2014
Mansor Zainal, 04 March 2014
Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Bahagian Kuching telah diadakan di SMK Semantan pada 28 hingga 2 Mac 2014 dengan kerjasama Unit Kokurikulum, SPPK Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya Pertandingan Kawad kaki berpasukan, Ikatan dan Simpulan, Backwood Cooking, Gajet dan Tapak Khemah, jerat dan sebagainya. SMK Pending telah menghantar beberapa orang pelajar bersama guru pengiring Pn Soffie Balqis dan Encik Chung untuk menyertai aktiviti pertandingan ini. Keputusannya sekolah kita berjaya mencapai beberapa kemenangan yang membanggakan. Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat. Berikut keputusan penuh pertandingan
Kadet Putera
Naib Johan - Ikatan dan simpulan
Ketiga - Ikhtiar Hidup
Ketiga - Standard Khemah/Kem Kraf
Kadet Puteri
Naib Johan - Ikatan dan simpulan
- Ikhtiar Hidup
Ketiga - Standard Khemah/Kem Kraf
Labels:
Aktiviti Kokurikulum 2014
PKBM (L) SMK Pending mengadakan Lawatan ke KD Selangor
Mansor Zainal, 26 February 2014
PKBM (L) SMK Pending telah membuat lawatan sambil belajar ke KD Selangor yang merupakan salah satu kapal peronda tentera laut Diraja Malaysia. Kapal ini bertolak dari Sabah dan singgah ke pelabuhan Kuching selama dua hari sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Lumut, Perak. KD Selangor direka bentuk sebagai sebuah kapal bestari iaitu kecangihan peralatannya boleh dioperasikan dengan jumlah krew yang minimum tetapi berupaya mengekalkan tahap dan tempoh pengoperasian yang tinggi. Rombongan pelajar SMK Pending bertolak kira-kira pukul 2.00 petang dan bertolak pulang kira-kira pukul 4.00 petang
Labels:
Aktiviti Kokurikulum 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)

























