Hari Pendaftaran Persekolahan telah diadakan pada 30.12.2018. Semua pelajar SMK Pending dikehendaki hadir untuk melapor diri dan membuat sedikit bayaran persekolahan. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa telah melaporkan diri di lolaksi yang telah ditetapkan. Mereka juga dikehendaki membeli alat tulis di koperasi sekolah dan juga mengambil buku teks untuk memulakan hari persekolahan pada 2.1.2018. Semoga dengan tahun baru ini menambahkan keyakinan dan azam untuk memperbaiki diri dalam akademik.
Majlis Korban dan Akikah
Mansor Zainal,
Majlis Kurban dan Akikah ini telah dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam SMK Pending. Majlis ini diadakan pada 13.September 2016. Aktiviti in bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru Islam SMK Pending malah ibu bapa juga turut serta membantu memeriahkan majlis ini. Sebanyak tiga ekor lembu, dua daripadanya sebagai korban dan satu lagi sebagai akikah. Peserta korban terdiri daripada guru-guru SMK Pending dan ahli keluarga mereka dan akikah pula juga daripada kalangan guru-guru SMK Pending (anak-anak mereka) dan seorang peserta luar
Para pelajar, guru-guru dan ibubapa kemudiannya dihidangkan serba sedikit makanan bagi memeriahkan lagi suasana aktiviti ini. Diharapkan aktiviti ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.
gambar-gambar aktiviti ini boleh dilihat di link berikut.... Majlis Korban dan Akikah SMK Pending
Karnival Pelancongan Pelajar (K3P) 2016
Mansor Zainal,
Karnival Pelancongan Pelajar (K3P) 2016 peringakat negeri Sarawak telah diadakan di Miri pada 13 - 16 September 2016. Karnival ini diadakan di Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri. Sebanyak sepuluh buah sekolah telah menyertai karnival ini. Setiap sekolah menghantar 10 orang pelajar.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan
1. Explorace
2. Pertandingan Video Pendek Pelancongan
3. Pertandingan Koir
SMK Pending telah berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan video pendek dan pertandingan koir. Sementara Explorace wakil pelajar SMK Pending telah gagal mendapat sebarang tempat. Tahniah kepada pelajar yang menyertai Karnival 3P pada tahun ini. Semoga pada tahun depan SMK Pending dapat memperbaiki lagi keputusan ini.
Labels:
Aktiviti Kokurikulum 2016
Pameran Buku dan Movie day anjuran Pusat Sumberr Sekolah
Mansor Zainal, 26 August 2016
Pameran Buku
Satu pameran buku telah diadakan pada 16 Ogos 2016 atas usaha Pusat Sumber Sekolah bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP telah menghantar satu ‘book truck’ ke sekolah bagi pelajar sesi pagi dan petang. Objektif pameran buku ini ialah untuk memupuk minat membaca di samping menyediakan buku berkualiti untuk tatapan pelajar. Antara buku-buku yang dipamerkan ialah buku ilmiah dan buku akademik terbitan DBP.
Movie Day
Ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah (Pelajar Pra-Universiti / Tingkatan Enam Rendah) telah mengadakan aktiviti “Movie Day” pada 12 Ogos 2016. Tujuan utama aktiviti ini ialah mengalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. DI samping itu, jualan tiket juga dimasukkan ke dalam dana Pusat Sumber Sekolah.
Target pelajar untuk aktiviti ini ialah pelajar sesi pagi. Filem yang ditayangkan ialah ‘Alice Through the Looking Glass”. Seramai 15 pelajar menyertai aktiviti ini dengan minuman kotak dan makanan ringan disediakan. Pada akhir aktiviti ini, pelajar diminta mengisi borang refleksi tayangan filem.
Dengan sambutan yang agak memuaskan, Kelab PSS merancang untuk mengadakan lagi ‘Movie Day’ untuk pelajar sesi pagi dan petang.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH HO BENG SIEN
Labels:
Aktiviti Kokurikulum 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)














