Taklimat Kokurikulum Aliran Perdana





Taklimat ini diadakan pada hari ini yang disampaikan sendiri oleh Ponolong Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran. Dalam taklimat ini diberi pendedahan tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum kepada pelajar. Pelajar juga dipersembahkan pertunjukkan Taekwando oleh ahli-ahlinya untuk menarik minat pelajar menyertai aktiviti ini

Perhimpunan Pertama 2017

Perhimpunan pertama bagi tahun 2017 telah diadakan pada hari ini. Pelbagai amanat telah diberi kepada para pelajar oleh pihak pentadbiran bagi memantapkan lagi kecemerlangan SMK Pending bersesuaian dengan motto Berkesaan dan Cemerlang. Perhimpunan kali ini disertai oleh pengetua baru dari SMK Tarat. Beliau mula bertugas pada hari ini 3.1.2017 menggantikan Ivor Lim yang bersara pada tahun lepas. sSelamat datang dan selamat bertugas Mr Yong Ing Thung.
Pengetua Baru SMK Pending







Pendaftaran Pelajar untuk sesi persekolahan 2017

Pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2017 telah diadakan pada 2.1.2017. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 telah melapor diri pada hari tersebut bersama ibu bapa mereka. Pelajar juga dikehendaki membayar yuran-yuran tertentu yang ditentukan oleh pihak sekolah. Semoga pada tahun ini para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun. 






Hari Sukan Negara SMK Pending

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan dan penglibatan rakyat 
( http://www.harisukannegara.my/)

Sambutan Hari Sukan Negara pada peringkat sekolah bagi SMK Pending melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. Acara ini diadakan di Dewan dan di ruang tempat letak  kereta. Dalam menyahut cabaran kerajaan ini, pihak sekolah telah mengadakan senamrobikton yang mengambil masa lebih satu jam. Senamrobikton ini dianjurkan oleh PIBG SMK Pending. Senaman robikton ini bukan sahaja melibatkan para guru dan pelajar tetapi juga melibatkan penyertaan AJK PIBG SMK Pending. Selain itu PIBG juga telah mengadakan jualan minuman dan pemberian cenderamata kepada pelajar dan guru yang berjaya mengutip wang untuk tabung PIBG.








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners