Kejohanan Bola Keranjang P18TKB MSS Kuching 2018

Kejohanan ini diadakan di Stadium Bola Keranjang Sentosa, Batu 7, Kuching. SMK Pending menjadi tuan rumah dalam kejohanan ini. Sebanyak 16 pasukan dari sekolah sekitar Kuching telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang berlangsung dari 29 Januari hingga 1 Februari 2018.

SMK pending yang turut menyertai kejohanan ini tidak mendapat sebarang tempat kerana telah tewas pada peringkat awal lagi. Tahniah dan ucapan syabas kepada pasukan SMK Pending, walaupun tewas telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.  Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK Kokurikulum En Roslan Sumiran. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan

Johan                    :  SMK Batu Kawa
Naib Johan           :  SMK Kuching High
Tempat Ketiga      :  SM Chung hua No.3
Tempat Keempat  :  SM Chung hua No.1

Pasukan Bola Keranjang SMK Pending

Tempat Keempat SM Chung Hua  No.1

Tempat Ketiga  SM Chung Hua No.3

Naib Johan SMK Kuching High

Johan SMK Batu Kawa

LDP - Perancangan Strategik

Ceramah ini diadakan pada hari ini  20.1.2018 yang dipengerusikan oleh Cikgu Norlela Abdullah. Penceramah jemputan Dr. Les Met, Pegawai Pendidikan Daerah Bau. Dalam ceramahnya beliau menekankan betapa pentingnya perancangan ini untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Beliau juga menerangkan bagaimana untuk membuat perancangan strategik yang sistematik bersesuaian dengan bidang masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Les kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah. Pada akhir majlis, Pengetua SMK Pending bersama-sama PK Pentadbiran telah memberi sijil dan cenderahati kepada penceramah

Softcopy Dr Les boleh di download disini
















Pendaftaran Ko kurikulum

Pendaftaran Ko kurikulum telah diadakan pada 5 Jan 2018 yang dikendalikan oleh P.Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran. Beliau telah menegaskan betapa pentingnya keterlibatan pelajar dalam aktiviti ini sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPT awam. Pelajar diperjelaskan kegiatan kokurikulum yang ditawarkan di SMK Pending dengan memperkenalkan juga guru penasihat yang terlibat dalam aktiviti tertentu. Semua pelajar dikehendaki mengisi borang dan menyerahkan kepada guru tingakatan untuk mendaftar aktiviti mereka yang menjadi pilihan mereka.











Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Program ini khas untuk pelajar tingkatan 4  telah diadakan  dari 2 Januari hingga 5 Januari bertempat di Dewan Global SMK Pending. Mereka didedahkan dengan maklumat terperinci tentang subjek yang ditawarkan untuk SPM di SMK Pending oleh guru subjek yang berkenaan. Program bermula dengan ucapan PK Pentadbiran  Pn Hii, yang lebih kepada galakkan untuk pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau membandingkan mereka yang berpelajaran dan lulus peringkat tertinggi akan menikmati gaji yang tinggi. Bagaimanapun peluang untuk memasuki ke institusi pengajian tinggi bukan sahaja hanya kejayaan akademik semata-mata malah aktiviti Ko kurikulum juga turut membantu para pelajar masuk ke IPT awam. Demikian ditegaskan oleh PK Kurikulum En Roslan Sumiran. Terdahulu daripada itu PK Hem Ustaz Awang Ariffin telah memberi ucapannya yang berkaitan disiplin. Beliau menegaskan betapa pentingnya displin dalam menentukan kejayaan seseorang. Hala tuju pelajar selepas SPM telah dikendalikan oleh guru Kaunseling Pn Ngien Jin Nie. Peluang dan masa depan yang baik sebenarnya berdasarkan kebolehan dan minat masing-masing berdasarkan ujian psikometrik. 

Minggu Orientasi tingkatan 4 berjaya dilaksanakan dan Pengetua SMK Pending  En Yong Ing Thung telah menutup program orientasi ini dengan harapan semua pelajar berjaya dalam menghadapi peperiksaan awam yang akan diduduki kelak.









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners