PELANCARAN KARNIVAL BAHASA, 2013


Pelancaran Karnival Bahasa telah diadakan pada hari ini , 8 April 2013 di Dewan Global SMK Pending. Tuan Pengetua SMK Pending telah merasmikan Karnival Bahasa ini dengan pukulan gong sebanyak tiga kali. Karnival Bahasa ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar supaya memiliki ketrampilan berbahasa (BM, BI dan BC).

Pelaksanaan Karnival Bahasa ini diharapkan dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang penulisan, persembahan bahasa, pengetahuan tatabahasa dan sebagainya.

Melatih pelajar supaya berani tampil di khalayak ramai untuk menyampaikan pendapat, ulasan dan sebagainya atau untuk membuat persembahan dengan menggunakan bahasa yang tepat

Kumpulan sasaran Karnival Bahasa ini ialah pelajar Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5.

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL BAHASA 2013 :
PERTANDINGAN BERCERITA/ STORY TELLING
KUIZ KEMAHIRAN & PENGETAHUAN BAHASA
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK
PERTANDINGAN PIDATO/ PUBLIC SPEAKING
KUIZ KOMSASTON
PERTANDINGAN MENULIS PUISI/CERPEN/ESEI

Pemenang Tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Saguhati bagi setiap pertandingan akan diberikan HADIAH MENARIK.






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners