Program Kecemasan Kebakaran

Program ini diadakan pada 19.7.2012. Antara objektifnya ialah :

1. Memastikan pengurusan kecemasan yang selamat dan sistematik.

2. Menjadi model sebagai sekolah selamat


Sebelum aktiviti ini bermula, taklimat diberi kepada semua pelajar dan guru di Dewan Global SMK Pending. Taklimat ini bermula jam 7.15 pagi. Pelajar diterangkan bagaimana menghadapi kecemasan jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka mesti tutup suiz lampu dan kipas dan guru pula membawa senarai kehadiran pelajar sebelum bergegas keluar dari bangunan sekolah. Taklimat ringkas ini hanya memberi panduan sahaja tentang tindakan yang perlu dilakukan dan arah mana para pelajar harus turun dari bangunan sekolah jika berlaku kebakaran misalnya. Selepas taklimat para pelajar balik ke kelas masing-masing dan menunggu loceng kecemasan dibunyikan untuk melakukan aktiviti seperti yang telah diberi penerangan.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners