Kolokium Kajian Tindakan Kali ke 3 – SMK Pending


Kolokium Kajian Tindakan SMK Pending telah diadakan pada 20 Oktober 2018 bertempat di Makmal Komputer SMK Pending. Semua guru tingkatan 6 terlibat dalam kolokium ini. Objektif utama kajian tindakan adalah untuk memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru SMK Pending yang secara tidak langsung membentuk budaya profesionalisme. Diharapkan hasil kajian tindakan dapat meningkatkan penyelesaian masalah dalam meningkatkan PdPc.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua En Yong Ing Thung. Para guru membuat pembentangan selama 10  minit. Kolokium ini diserikan lagi dengan kehadiran YB DUN Pending Cik Violet Yong Wui Wui. Beliau kemudiannya telah dijemput untuk menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil Ahli Pemilihan Kajian Tindakan Tingkatan 6, Cikgu Ann Stella dan juga Kepada En Kiu Bu Shin, wakil daripada kumpulan guru yang kajian mereka terpilih untuk dicetak dalam Buku Prosiding. Sijil Penghargaan juga diberi kepada Pn Zamrah, wakil kumpulan guru-guru yang kajian tindakan mereka dikompilasikan.

Diharapkan kolokium ini diteruskan sebagai satu budaya di sekolah ini demi meningkatkan profesionalisme para guru. Pembudayaan bukan asing kerana kajian tindakan telah diadakan hingga ke peringkat kebangsaan. Diharap guru-guru dan kajian tindakan dari SMK Pending terpilih untuk dibentangkan ke peringkat yang lebih tinggi.


















 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners