KOLOKIUM TINGKATAN 6 SMK PENDING KALI KE-7

 Kolokium Kajian Tindakan Tingkatan 6 SMK Pending  kali ke-7





Kolokium ini  dilaksanakan dengan jayanya pada 11 Mei 2023. Majlis akademik ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Cik Huriah binti Yatim selaku Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah. Beliau mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Hajah Shirini Mastura binti Mohamed Zulkifli. 

Beliau mengucapkan tahniah atas penganjuran Kolokium Kajian Tindakan Tingkatan 6. Beliau menyatakan bahawa kolokium ini dapat menyemarakkan budaya penyelidikan agar menjadi pedoman dan rujukan seterusnya menjadi perkongsian ilmu antara guru-guru.

Kolokium ini mendapat sambutan kehadiran seramai 14 orang guru-guru jemputan dari 6 buah sekolah iaitu SMK DPHA Gapor Stampin, SMK St. Joseph, SMK Bako, SMK St. Thomas, SMK Green Road, SMK Petra Jaya.

Kolokium turut dihadiri oleh guru aliran perdana dan pelajar Tingkatan 6 Semester 2 .

Objektif Kolokium Kajian Tindakan 6 adalah membuka peluang kepada guru-guru Tingkatan 6 SMK Pending berkongsi maklumat, teknik serta tindakan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6.

Sebanyak 19 tajuk pembentangan kajian tindakan dibentangkan oleh guru-guru Tingkatan 6 SMK Pending merangkumi bidang Bahasa, Sains & Matematik, VOTEK dan Kemanusiaan.

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Induk dan  Jawatankuasa Pelaksana yang menjayakan dan memaknakan Kolokium kali ke-7 ini. Semoga platform ini dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di Kolej dan Pusat Tingkatan 6.










TRIVIA

SENARAI TAJUK PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN :


1.  Keberkesanan Teknik “PITaP” Dalam Meningkatkan Kemahiran Menjawab Esei Sejarah STPM.


2.  Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masteri Dalam Usaha Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan 6 Semester Dua Bagi Menguasai Bahagian Alih Bentuk Komunikasi Kertas Pengajian Am 2 (900/2).


3.  ‘Reject Ho Or Not To Reject Ho’, An Educational Card Game As Revision Activity.


4.  Improved Pronunciation Problem Through Creative Learning Activities Among Upper 6A2 Students Of SMK Pending 2022


5.  The Use Of Proverbs On Learning Vocabulary To Improve Students’ Speaking Skills.


6.  Yes, Sir! Template To Improve Students’ Score In Part 1 Of MUET Speaking Among Form 6 Students.


7.  Penggunaan Teknik IPT Untuk Membantu Pelajar Menguasai Cara Menulis Ayat Idea Utama Dalam Pengajian Am Semester 3.


8.  Keberkesanan Konsep TAPAK SUPEWAR Dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran Melukis Grad Dalam Kalangan Pelajar Kelas 6A4 Kohort 2022.


9.  The Use Of Cooperative Learning To help Students To Improve Speaking Skills In MUET Paper 2 Of 6A5 SMK Pending.


10.  Meningkatkan Keberkesanan Penilaian Kendiri Pelajar 6R2 Dengan Mengintergrasikan Google Form Selepas Pdp Untuk Subjek Mikro Ekonomi Tahun 2022.


11.  Keberkesanan Kaedah Pembentangan Murid Terhadap Pencapaian Perakaunan Pengurusan (Semester 2) Dalam Situasi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).


12.  Aplikasi Kaedah Akrostik Untuk Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Khusus Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan Dalam Kalangan Murid Tingkatan 6a1 (Gelung 2).


13.  Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai Interpersonal Dalam Penguasaan Ayat Aktif Tak Transitif Bahasa Melayu STPM.


14.  Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Berstruktur Untuk Meningkatkan Pemahaman Murid Dalam Pembelajaran Klausa BM.


15.  Usage Of MCD In Answering Form Six Biology STPM Questions.


16.  Keberkesanan Pendekatan Flipped Classroom Dalam Pembelajaran Chemistry.


17.  Hands-On Understanding Sampling Mathematics (T) For Upper 6 Science Students Of SMK Pending.


18.  Meningkatkan Kemahiran Melukis Gambar Rajah Sinar Dan Menentukan Ciri-Ciri Imej Kanta Pelajar Tingkatan 6AS1 Dengan Menggunakan ABM.


19.  Penggunaan Senarai Semak Dalam Pembelajaran Tajuk Anatomi Dan Fisiologi Semester 2 2022 Kitaran 2








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners