Ceramah ini dianjurkan oleh panitia pendidikan moral
dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Program ini berjaya
dijalankan di dewan global sekolah. Peserta adalah terdiri daripada semua
pelajar tingkatan 4. Penceramah yang dijemput adalah Pastor Nicholas dari Ching
Kwong Methodist Church. Beliau merupakan penceramah yang professional dalam
aspek hubungan persahabatan. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan
aspek-aspek pergaulan, perkahwinan dan hubungan yang sihat di kalangan remaja.
Laporan oleh Pn Ngien