PIBG SMK Pending telah menerima sumbangan wang berjumlah RM 30 000 daripada YB. Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Manusia pada 11.7.2013 bagi program keceriaan sekolah.Majlis penyerahan cek ini diadakan di pejabat kementerian beliau di MASJA. Dengan sumbangan sebanyak RM 30 000 ini diharapkan dapat merancakkan lagi program keceriaan sekolah SMK Pending. Pengetua SMK Pending En Ivor Lim bersama-sama YDP PIBG SMK Pending telah menerima sumbangan cek tersebut daripada YB Datuk Hajah Fatimah. Warga SMK Pending mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk atas sumbangan tersebut.
PIBG SMK Pending menerima sumbangan daripada YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah
Mansor Zainal, 12 July 2013
Labels:
Pentadbiran