Ceramah Motivasi SPM dan STPM oleh YB Dr Abang Haji Abdul Rauf bin Abang Haji Zen



Ceramah Motivasi ini telah diadakan pada 3.11.2009 yang disampaikan oleh YB Dr Abang Haji Abdul Rauf bin Abag Haji Zen. Beliau sanggup meluangkan masa dengan datang sendiri ke SMK Pending untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM dan STPM. Menurut beliau lagi kejayaan seseorang berdasarkan tujuh aliran pintu kejayaan yang melibatkan bukan sahaja kejayaan akademik tetapi juga kecemerlangan kemahiran. Untuk melihat lebih lanjut lagi boleh lawati laman web beliau di www.gerakbumi.com

Pameran Hasil Seni oleh Panitia PSV

Panitia Pendidikan Seni Visual telah mengadakan pameran hasil seni pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 6 atas. Pameran ini berlangsung di Dewan Global SMK Pending dari 7 November hingga 13 November 2009. Berikut adalah sebahagian daripada hasil seni para pelajar yang dipamerkan di Dewan Global





Program Seranta, Penerangan dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri


Program Seranta, Penerangan dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) adalah salah satu program yang sedang dilaksanakan ke seluruh negara.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan memaklumkan orang awam mengenai peranan penting Wisma Putra sebagai agensi pelaksana Kerajaan yang menangani isu-isu hubungan antarabangsa dan Dasar Luar Negara, Malaysia

Sehubungan dengan ini seramai 4o orang pelajar tingkatan 6 dari SMK Pending yang diiringi oleh Cikgu Zamrah dan Cikgu Zaidi telah dijemput untuk pelancaran aktiviti program ini dari 5 hingga 7 November, bertempat di Hotel Grand Margherita, Kuching. Antara program yang berlangsung ialah sesi ceramah bertajuk :
1. Peluang Kerjaya Diplomatik Perkhidmatan Sektor Luar Negeri disampaikan oleh Pn Gloria
2. Perkongsian Pengalaman Para Diplomat dari Sarawak oleh Westmoreland Palon
3. Pengenalan kepada ASEAN
4. Pengenalan kepada Dasar Luar Malaysia

Selain itu Majlis Perasmian dan Pelancaran Buku "Malaysia at the United Nations - A Study of Foreign Policy Priorities, 1957-1987" oleh YB Timbalan Menteri Luar Negeri I

KLN Juga mengalu-alukan muda mudi yang berkelayakan dari negeri Sarawak yang berhasrat menceburkan diri dalam Perkhidmatan Sektor Luar Negeri dengan mengadakan sesi temuduga secara "walk-in-interview di lokasi yang telah ditetapkan

Pihak KLN juga mengadakan pameran fotografi

Hari Permuafakatan dan LDP

Pada 31.10.2009 SMK Pending telah mengadakan Hari Permuafakatan. Ramai ibu bapa pelajar telah datang untuk melihat prestasi anak masing-masing disamping bertukar-tukar fikiran bersama guru tingkatan.

Selepas Hari Permuafakatan, pada pukul 9.30 diadakan mesyuarat guru kali ke 4 dan seterusnya Latihan Dalaman yang bertajuk ;
1.
2.


Jamuan Kesyukuran dan Majlis Perpisahan




Pada 29.10.2009, satu jamuan telah diadakan sebagai tanda kesyukuran oleh guru-guru yang dilantik menjadi Guru Akademik Tingkatan 6. Mereka itu ialah
1. Sii Ai Sian
2. Siti Sara
3. Andi Arjuna
4. Abdul Azizi
5. Zaidi Morni
6. Mohd Yaakub
7. Randy Angi

Puan Cecelia Ujuh juga telah memberi sumbangan untuk jamuan ini. Dengan perlantikan guru-guru di atas, dua orang daripadanya akan berpindah sekolah ke SMK St Thomas. Mereka itu ialah Cikgu Andi Arjuna dan Cikgu Abd Aziz Mohd Bohari. Selamat bertugas ke sekolah baru.

Cikgu Abdul Aziz dan Cikgu Andi Arjuna

PROGRAM ELIT PRA-U PERINGKAT KEBANGSAAN 2009




Seramai 227 pelajar tingkatan enam dari seluruh negara berkampung selama empat hari iaitu dari 19 Oktober hingga 22 Oktober di Pendang Lake Resort bagi menyertai Program Elit Pra-U Peringkat Kebangsaan. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah (JPK) ini bermatlamat ‘Melahirkan Generasi Tingkatan Enam Yang Berwawasan Dan Berkeperibadian Cemerlang’.
Kontinjen negeri Sarawak disertai oleh 12 orang peserta dari bahagian Kuching dan bahagian Limbang dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring dari SMK Batu Lintang, Kuching, dan SMK Merapok, Lawas.
Program ini dimulakan dengan aktiviti yang dikenali sebagai Medan Teraputik di sebelah malam yang merangkumi aktiviti suai kenal atau Ice-breaking, nyayian lagu tema program dan lagu-lagu rakyat negeri Kedah, taklimat perjalanan aktiviti program, dan pembahagian kumpulan.
Pada hari ke-2, para peserta menjalankan aktiviti Khidmas. Aktiviti ini dijalankan di 3 buah kampung iaitu Kg. Hilir, Kg. Bukit Meriam, dan Kg. Natoi. Para peserta dapat meninjau suasana kampung yang dilawati kumpulan masing-masing dan mereka sangat teruja apabila mendapat ayah dan ibu angkat di kampung yang dilawati. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat kampung di Kedah. Seterusnya, peserta yang telah dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing dibawa mengunjungi Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan AIMST. Peserta diberi ceramah mengenai kursus-kursus yang di tawarkan oleh universiti-universiti tersebut dan berpeluang melawat galeri universiti, perpustakaan, melawat sekitar universiti, bermain Go-kart, menunggang kuda, dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya, para peserta melakukan aktiviti Mai Bergebang bagi membolehkan peserta mengingati kembali aktiviti yang dijalankan sepanjang sehari melakukan khidmat masyarakat dan melawat universiti-universiti yang ada. Sebilangan peserta pula mengadakan perbincangan pra sidang dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pada hari ke-3, aktiviti Mai Kita Bersidang berlangsung iaitu persidangan ala D.U.N. yang membahaskan usul yang dikehendaki iaitu ‘Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awan Dan Isu Pasaran Kerjaya Masa Kini’. Aktiviti seperti ini membawa satu pengalaman yang baru dan amat berguna untuk peserta yang ambil bahagian untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih berani untuk tampil menyuarakan pendapat masing-masing.
Selepas tamat persidangan tersebut, para peserta dibawa meninjau-ninjau Pekan Rabu dan diberi peluang membeli barangan berupa produk tempatan untuk dibawa balik sebagai cenderamata. Selain itu, peserta berpeluang melawat Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman, Muzium Padi, dan Pusat Sains Wilayah Utara. Sememangnya lawatan yang diadakan amat sesuai agar para peserta dapat mengenali negeri Kedah dengan lebih dekat lagi disamping mendapat sedikit-sebanyak info dan pengetahuan sepanjang lawatan tersebut.
Majlis jamuan makan malam yang juga merupakan majlis penutupan rasmi yang diadakan merupakan aktiviti kemuncak bagi program ini. Ucapan perasmian penutupan, persembahan, tayangan video aktiviti sepanjang program, dan majlis perpisahan menjadi pengisian untuk majlis jamuan makan malam yang diadakan sebelum keberangkatan pulang beberapa kontinjen termasuk kontinjen Sarawak pada awal pagi keesokan harinya.
Sememangnya program seperti ini harus diadakan setiap tahun kerana program seperti ini dilihat sebagai satu medan atau platform yang terbaik bagi membina keyakinan diri pelajar yang menyertainya, memupuk semangat perpaduan dan integrasi selaras dengan konsep 1Malaysia, berfikiran lebih terbuka, matang, dan positif, serta membina wawasan dan membentuk keperibadian yang cemerlang selaras dengan matlamat program iaitu ‘Melahirkan Generasi Tingkatan Enam Yang Berwawasan Dan Berkeperibadian Cemerlang’.
Dalam pada itu pada peringkat sekolah program ini telah diadakan pada 28.10.09 yang melibatkan semua pelajar tingkatan 6. Mereka telah diberitahu pengalaman yang diperoleh semasa program elit dilaksanakan seblum ini
Disediakan oleh,
Jeffery Biyud (6R1)
Peserta Program Elit Pra-U Peringkat Kebangsaan 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA





Pada 4 Oktober 2009, pelajar-pelajar SMK Pending telah dijemput untuk membuat persembahan di Tebingan Kuching Sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbagai aktiviti telah dijalankan dan antaranya ialah persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Bandaraya Kuching. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Antara persembahan daripada SMK Pending ialah

1. Persembahan pembukaan berjudul Rentak Seribu

para pelajar mempersembahkan permainan muzik tradisional secara live etnik Iban dan Bidayuh.

2. Tarian Etnik Bidayuh Tolak Bala

Tarian ini pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Alor Setar, Kedah kerana SMK Pending telah mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan tersebut. Kali ini tarian Tolak Bala akan diiringi permainan muzik tradisional secara live oleh

pelajar- pelajar sekolah ini juga. Pelajar diiringi oleh Cikgu Catherine Leonard dan Cikgu Noraida Abdullah

3. Persembahan Nyanyian 2 Buah Lagu .

Persembahan ini daripada band sekolah yang dipimpin oleh Cikgu Roslan Sumiran

Penyanyi akan diiringi secara live oleh band SMK Pending yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat. Lagu-lagu yang akan disampaikan ialah :

i. Rama-rama

ii. Stay

4. Persembahan Muzik Tradisional Orang Ulu

Persembahan muzik tradisional ini dipimpin oleh Cikgu Andy Arjuna

Para pelajar mempersembahkan permainan muzik secara live etnik Orang Ulu yang terkenal dengan petikan Sape.

5. Persembahan Nyanyian 3 Buah Lagu

Sekali lagi penyanyi diiringi muzik secara live oleh band SMK Pending. Lagu-lagu yang akan disampaikan ialah

i. Ingkar

ii. Larut

iii. Nuri

6. Persembahan Muzik Tradisional Etnik Melanau dan Iban

Persembahan ini akan dibuat secara live dengan menggunakan alat-alat tradisional seperti gong, sapir, kompang dan beduk.

7. Tarian Rampaian Melayu ‘Asmaraloka’

Tarian yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SMK Pending ini merupakan Johan dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Sarikei. Seterusnya SMK Pending telah mewakili negeri Sarawak dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat

Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Alor Setar, Kedah dan telah mendapat tempat ketiga.


Pengetua SMK Pending dan Penolong Kanan Kokurikulum telah meluangkan masa untuk melihat persembahan pelajar-pelajar SMK Pending.



Ceramah (Pandemik A - H1N1 dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran PIBG SMK Pending






Pada 3.10.2009 satu ceramah berkenaan H1N1 telah diadakan di Dewan Sekolah anjuran PIBG SMK Pending. Ibu bapa telah dijemput untuk mendengar ceramah berkaitan H1N1 yang disampaikan oleh En Chung Heng Fer. Beliau dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching Zon MBKS. Beliau merupakan seorang Pegawai Penolong Kesihatan Persekutuan. Dalam ceramahnya beliau mendedahkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah wabak H1N1. Ceramah bermula pada pukul 11.00 dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Ibu bapa dan guru-guru kemudiannya dijemput untuk makan bagi menjayakan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.




Latihan Dalaman "Laluan Kerjaya"

Sebelum itu warga Pendidik SMK Pending telah menghadiri satu latihan dalaman di bilik APD. Tajuk yang menjadi bual bicara ialah "Laluan Kerjaya" yang disampaikan oleh Puan Hii Kwong Ing Penolong Kanan Akademik dan En Abdul Hamid Alias, Penolong Kanan Kokurikulum. En Abdul Hamid juga telah menjelaskan kepada guru-guru tentang pemberian markah kokurikulum kepada para pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners