Pertandingan lagu patriotik SMK Pending

Pertandingan lagu patriotik SMK Pending telah diadakan pada 2 Mei 2018. Program ini memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Program ini dianjurkan oleh Bidang Kemanusiaan yang dianjurkan setiap tahun sempena bulan kemerdekaan. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Lima orang hakim yang hebat telah mengadili pertandingan ini. Mereka terdiri daripada En Ahmad, En Mansor, Pn Sony, Pn Marylene dan Ketua Juri En Puni. Berikut adalah keputusan pertandingan

JOHAN      ; TINGKATAN 4B
NAIB JOHAN  : TINGKATAN 4SC
TEMPAT KETIGA : TINGKATAN 5PV














Program Jelajah Pendidikan 2018 Peringkat Negeri Sarawak

Program Jelajah Pendidikan 2018 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 30 April 2018 bertempat di Dewan Hikmah. Program ini memberi peluang kedua pendidikan tinggi dan kemahiran lanjutan yang melibatkan anak miskin, anak peneroka, anak yatim, orang asli yang merupakan golongan miskin yang tidak berkemampuan untuk belajr di institusi pendidikan yang terpilih termasuk 19 universiti awam. Kesemua pelajar tingkatan  SMK Pending telah terlibat dalam program ini bersama guru pengiring. Semoga program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti.













Pengagihan dan Pengaktifan ID Yes FROGVLE Pelajar

Pengagihan dan Pengaktifan ID Yes FROGVLE Pelajar telah diadakan di makmal komputer bermula 30 April 2018. Semua pelajar SMK Pending akan diberi kata laluan bagi pengaktifan ID Yes masing-masing. Dengan adanya kemudahan ini para pelajar akan dapat menikmati kemudahan yang ada dalam program Frogvle. Guru-guru juga dapat menjalankan aktiviti P n P dengan para pelajar melalui Frogvle ini. Ini bersesuaian dengan matalamat negara ke arah digital.









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners