Hari Permuafakatan pertama 2011

Cikgu Noni Wah Serious nampaknya

Cikgu Jacqueline Tersenyum riang



Hari Permuafakatan ini telah diadakan pada hari ini iaitu 2 April 2011. Semua guru tingkatan dari menengah rendah hingga ke menengah atas telah terlibat dalam perjumpaan ini. Tujuannya untuk bertemu dengan para ibubapa untuk berbincang bagi memperbaiki keputusan anak-anak mereka. Diharap perjumpaan ini akan dapat memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa bagi membincang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka

Pertandingan Softball Bahagian Kuching








Pertandingan ini diadakan pada  29.3.2011 iaitu bertempat di SMB ST.Thomas. SMK Pending telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan Lelaki 18TKB dan 15 TKB. Pasukan Lelaki bawah 15 tahun mengandung 5 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada pasukan softball SMK Pending kerana telah berjaya mendapat tempat pertama manakala lelaki 18 TKB tidak mendapat sebarang tempat, hanya layak diperingkat kumpulan sahaja. Sebanyak 7 pasukan yang terlibat di bawah kategori ini. Guru pengiring bagi pertandingan ini ialah cikgu Mahdzul Kennedy, Cikgu Nanny, Cikgu Teo Fang Yang dan Cikgu Masiah.

Program Pelalian Pelajar Tingkatan 3 tahun 2011





Pada 28 hingga 29 Mac telah diadakan program pelalain bagi pelajar tingkatan tiga bertempat di Bilik Gerakan. Suntikan yang diberi bagi pelajar lelaki ialah Tetanus Taxoid dan BCG manakala pelajar perempuan pula selaian daripada suntikan diatas terdapat satu lagi pelalaian iaitu Rubella yang mesti diambil oleh para pelajar tingkatan 3.

Karnival Pengajian Tinggi 2011


Karnival Pengajian Tinggi tahun 2011 Anjuran Kementerian Pelajaran telah diadakan di Permata Food Centre, Kuching. Seramai 35 orang pelajar daripada tingkatan 5 dan 6 atas telah meluangkan masa mereka di sana dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang pada hari Sabtu 19.3.2011. Cikgu Ngien, guru kaunseling SMK Pending telah mengiringi pelajar-pelajar ini. Bermacam-macam aktiviti telah diadakan yang antara lain ialah Kuiz dan Cabutan Bertuah.


Dengan penyertaan pelajar-pelajar ini, adalah diharapkan mereka mendapat informasi terkini dan kemana halatuju mereka selepas SPM atau STPM. Banyak maklumat dan tawaran yang disediakan oleh institusi dari dalam dan luar negara dan seharusnya pelajar mengambil peluang ini untuk terus berusaha mencapai cita-cita masing-masing

Majlis Perasmian Perhimpunan Belia 2011


Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Majlis ini di adakan pada 13.3.2011 di Borneo Convention Centre Kuching. Seramai tujuh orang belia diraikan kerana sumbangannya dalam bidang masing-masing. Antaranya Hafiz merupakan seorang penyanyi, Bryan Nikson Lomas - perenang negara, Zee Avi - penyayi yg tinggal di USA, Jonathan Low dan lain-lain. Disamping itu diadakan juga pameran. SMK Pending telah dijemput untuk meraikan majlis ini yang diwakili pengawas sekolah dan Pandu Puteri. Antara guru pengiringnya ialah Cikgu Siti Sara, Cikgu Khalic, Cikgu Cecelia Dilin, Cikgu Roslan Sumiran, Cikgu Liew Siaw Chin dan Cikgu Rokiah

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners