Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi SMK Pending

Sambutan ini diadakan pada 14 Jun 2013 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 1 aspirasi 1 agenda. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru pada kali ini, dimulai dengan  Perutusan Ketua Pengawas, Perutusan Tuan Pengetua, Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran

Semua guru kemudiannya naik ke atas pentas dan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang". Dengan penuh semangat semua guru SMK Pending membaca ikrar Guru. Acara seterusnya ialah upacara pemotongan kek yang diketuai oleh Tuan Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan.

Acara persembahan pula dimulai dengan persembahan seni silat oleh al-Fadhil Tuan Sazali Jebal diikuti persembahan-persembahan yang lain spt Persembahan Lembaga Pengawas, Pelajar Tg 6, nyanyian oleh guru dan persembahan Tuan Pengetua. Acara kemuncak merupakan Sukaneka yang melibatkan guru-guru yang terpilih.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners