Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan
Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke
arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal
diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap
lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari
Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh
pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta
dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai
program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari
Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah
iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas
dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit
kronik dikalangan rakyat Malaysia. Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan dan penglibatan rakyat
( http://www.harisukannegara.my/)
Sambutan Hari Sukan Negara pada peringkat sekolah bagi SMK Pending melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. Acara ini diadakan di Dewan dan di ruang tempat letak kereta. Dalam menyahut cabaran kerajaan ini, pihak sekolah telah mengadakan senamrobikton yang mengambil masa lebih satu jam. Senamrobikton ini dianjurkan oleh PIBG SMK Pending. Senaman robikton ini bukan sahaja melibatkan para guru dan pelajar tetapi juga melibatkan penyertaan AJK PIBG SMK Pending. Selain itu PIBG juga telah mengadakan jualan minuman dan pemberian cenderamata kepada pelajar dan guru yang berjaya mengutip wang untuk tabung PIBG.