Lawatan Sambil Belajar Kelab Setem & Filateli ke SMK Sematan

  Lawatan sambil Belajar telah diadakan pada 18.2.2017 (Sabtu) ke SMK Sematan. Seramai 22 orang  ahli kelab Tingkatan 6 dan 3 orang guru penasihat Kelab yang mengiringi pelajar sempena lawatan tersebut.

  Tujuan lawatan itu adalah untuk mendapat ilmu tentang pengurusan Kelab Setem & Filatelli dan masa yang sama untuk melihat sendiri beberapa pencapaian sekolah tersebut dalam pertandingan peringkat kebangsaan terutama sudut galeri Setem

 Semestinya lawatan tersebut memberi seribu makna dan pengalaman kepada ahli kelab bahawa berguna dan bernilainya mengumpul dan menyimpan setem (nilai estetika dan nilai material)

  SMK Pending telah menjadi mentee kepada SMK Sematan (Mentor) untuk memajukan lagi  Kelab setem & Filatelli dengan harapan dapat melaykakan sekolah SMK Pending untuk menyahut cabaran menyertai pertandingan ke peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia & Pos Malaysia.

Laporan disediakan oleh Cikgu Normah 












 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners