Sekolah Lestari

Definisi Sekolah Lestari

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Visi, misi atau moto sekolah berkaitan alam sekitar


Moto
 Berkesan, Cemerlang dan Lestari

Visi
Melestarikan Sekolah Menengah Kebangsaan Pending sebagai sekolah dalam taman di daerah Kuching menjelang tahun 2020.

Misi
Mengintegrasikan  keharmonian elemen alam sekitar dengan pembangunan potensi individu dalam sistem pendidikan yang berkualiti  bagi memenuhi aspirasi negara.

Objektif
Untuk mencapai visi tersebut maka warga sekolah akan:
i)       Memupuk sahsiah dan menerapkan nilai-nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
ii)     Memupuk kesedaran dalam kalangan warga sekolah supaya mengamalkan budaya hidup mesra alam
iii)    Mengintergasikan semua aktiviti supaya dapat melibatkan keseluruhan warga sekolah dalam program sekolah dalam taman.
iv)   Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang hijau, bersih dan kondusif.
v)      Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
vi)   Menggalakkan kerjasama di antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar.


Pelan SMK Pending


KELAB
TAMAN YANG DIJAGA
Sains & Matematik
Taman Sains
Bahasa Inggeris
Taman Bahasa Inggeris
Pandu Puteri
Taman Sanggar Bitara
Kelab PAlS sesi petang
Taman Kaktus
Kelab PAlS tingkatan 6
Taman Herba & Pusat Lestari
Kelab BOSS
Taman KITA
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
Taman PPDA
Kelab PSV
Mural
Kelab Bookalicious
Taman Membaca
 Senarai kelab dan persatuan dan taman yang dijaga



Pengerusi : Pengetua
Naib Setiausaha : PKP, PK HEM, PKKK, PK Petang & PK Tingkatan 6               
Setiausaha : Cik Debbie Bong
Pen. Setiausaha : Pn. Oh Li Ying                                                                                                                                                  
Bendahari : Pn. Supiah Razali
Penyelaras : En. Jamaien bin Masawi
Penyelaras Dokumentasi: Pn. Ho Yoke Yeng (K), Pn. Leu Sit Fong, En. Mansor Zainal & En. Soo Wee Khiong
a)      Pasukan Transformasi Kebersihan & Keceriaan Sekolah
Taman Ilmu : Cik Debbie Bong (K)
Taman Kaktus : En. Jamaien bin Masawi (Penolong penyeleras)
Taman Sains : Pn. Kok Gin Fong
Taman English : Pn. Norlela Abdullah
Pusat Kajicuaca : En. Bong Siaw Phew
Taman Depan Dewan : Pn. Oh Li Ying
Taman Herba & Pusat Lestari : Pn. Ho Yoke Yeng
Taman PPDA : Pn. Ngien Jin Nie
Taman KITA : Pn. Chong Mei Jin
Taman Tingkatan 6 : En. Zaidi Morni
Kantin : Pn. Elina anak Sian
Tandas : Pn. Ho Yoke Yeng (T6), En. Simson ak Suimi (sesi pagi) & Pn. Oh Li Ying (sesi petang)
Mural : Pn. Soffie Balqis, En. Walter Garau & Cik Hasni Hashim
Sekitar Blok Pentadbiran : Pn. Supiah Razali


Pertandingan kebersihan kelas :
1.      Pn. Wong Kim Hong (tingkatan 4 & 5)
2.      Pn. Normah binti Hussain (tingkatan 6)
3.      Pn. Robert Nockking (sesi petang)
b) Kesihatan
Klinik pelajar : En. Voon Chi Chian (K), Pn. Kuo Poh Ping & En. Teo Fang Yang
Suntikan, pameran dll : Pn. Ngien Jin Nie, YM Raja Nurulhuda & Pn. Elina ak Sian
c) Keselamatan
En. Joseph Tiyam, Pn. Anielan anak Sajong, En. Robert Nockking & En. Mohd Yaakub 

Aktiviti/program berkaitan alam sekitar yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015-2016


 TARIKH
PROGRAM BERKAITAN ALAM SEKITAR
PENGLIBATAN
CATATAN
(Implikasi kepada sekolah)
  11/3/2015
Pertandingan melukis pelan Taman Herba
Ahli Kelab Geografi seramai 14 orang

Sepanjang bulan Mei dan Jun 2015
Melukis mural di Taman KITA
Ahli Kelab SPBT
Tujuan menceriakan sekolah.
27/6/2015- 28/6/2015
Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform
130 orang pelajar
Aktiviti yang berunsurkan alam sekitar ialah masakan rimba dan membuat gadget
Sepanjang Ogos 2015
Melukis mural ‘ART’
10 orang Kelab Pendidikan Seni Visual
Tujuan keceriaan sekolah
19/1/2016
Membuat dan mengecat robot daripada kotak-kotak kitar semula.
Ahli Kelab Geografi seramai 14 orang
Robot ini diletakkan di Pusat Lestari sebagai hiasan.
16/2/2016
Kuiz pelancongan
Ahli Kelab Pelancongan seramai 31 orang
Ada di antara soalan kuiznya berkaitan dengan alam sekitar
26/1/2016
Membaikpulih papan tanda Taman Herba
Ahli Kelab Geografi seramai 6 orang
Keceriaan sekolah terus dikekalkan.
23/2/2016
Membuat catatan tempat-tempat menarik di Sarawak
Ahli Kelab Pelancongan seramai 31 orang

23/2/2016
Menghias tandas perempuan dengan tanaman
Ahli Kelab Geografi seramai 20 orang
Membantu dalam keceriaan sekolah
Sepanjang Februari – Mac 2016
Membuat pasu daripada botol minuman
Ahli Kelab Pals seramai 13 orang

1/3/2016 & 5/4/2016
Membuat pasu daripada botol minuman
Ahli Kelab Geografi seramai 8 orang
Digunakan untuk menanam pokok di tapak semaian Taman Herba
12/4/2016
Menperbaiki papan tanda di Taman Herba
Ahli Kelab Geografi seramai 20 orang
Keceriaan sekolah terus dikekalkan.
Sepanjang bulan Mac dan April 2016
Membuat buku skrap
pelancongan.
Ahli Kelab Pelancongan seramai 34 orang
Ada di antara kandungannya berkaitan dengan ekopelancongan.
19/7/2016 & 2/8/2016
Membina Pondok Sanggar Bitara
Ahli Kelab Pals Tingkatan 6 seramai 31 orang
Meningkatkan keceriaan alam sekitar.
17/12/2016
Menanam pokok di taman Tabuan Tranquility (Usahasama dengan SABATI)
Ahli Pandu Puteri seramai 5 orang
Meningkatkan keceriaan alam sekitar.
Mural yang berunsurkan alam sekitar di SMK Pending
Bil
Tajuk Lukisan Mural
Lokasi Mural / poster
1
Mural Sayuran
Kantin sekolah
2
Mural Hidupan laut
Kantin sekolah
3
Mural-mural bunga
Di dalam Dewan sekolah
4
Mural pemandangan waktu senja
Blok A
5
Mural pokok “Let’s Read”
Blok B
6
Mural pemandangan waktu pagi
Blok C
7
Mural flora & fauna
Blok C
8
Mural Katak
Blok C
9
Mural Pokok Kitar Semula
Pusat Lestari
10
Mural Zebra
Blok Pentadbiran
11
Mural Panda
Blok Pentadbiran
12
Mural bunga berkembang
Blok Pentadbiran
13.
Mural buluh
Pondok Singgar Bitara


Mural "Hidupan Laut"

Mural ‘Sayuran’


Mural-mural bunga di dalam Dewan Global

Mural ‘Let’s Read’

Mural ‘Senja’

Mural Flora dan Fauna

Mural ‘Sunrise’

Mural ‘Pokok Kitar Semula’

Mural ‘Katak’

Mural ‘Zebra’

Mural ‘Panda’

Mural ‘Buluh’

Mural ‘Bunga Berkembang’


Penganjuran aktiviti berkaitan alam sekitar pada tahun 2015-2016

Dalam sekolah

Bil.
Aktiviti
Tarikh
Peringkat
1
Program Transformasi Bilik Darjah
Sepanjang Januari 2015
Sekolah
2.
Penyediaan laluan PPDA
Sepanjang Mei 2015
Sekolah
3.
Pemulihan mural ‘Katak’
Sepanjang Mei 2015
Sekolah
4.
Menanam pokok semasa Hari Koperasi tahun 2015
22/6/2015
Sekolah
5.
Bulan Sains & Matematik
-          Pertandingan Inovasi Hijau

24/7/2015
Sekolah
6.
Penubuhan Pusat Lestari Sekolah
Sepanjang bulan Jun – Ogos 2015
Sekolah
7.
Pembinaan Taman Sains
Sepanjang bulan Jun-Ogos 2015
Sekolah
8.
Pembinaan Stesen Kajicuaca
Sepanjang bulan Jun-Ogos 2015
Sekolah
9.
Penambahbaikan tandas pelajar perempuan tingkatan 6
Sepanjang bulan Mac
Sekolah
10.
Penambahbaikan Pondok Sanggar Bitara
Sepanjang bulan Mac-Jun 2016
Sekolah
11.
Pembinaan Taman Bahasa Inggeris
Sepanjang bulan Mac-Jun 2016
Sekolah
12.
Penambahbaikan Taman Herba
Sepanjang bulan Mac – Julai 2016
Sekolah
13.
Gotong royong untuk Hari Terbuka SMKP
19/7/2016
Sekolah
14.
Hari Terbuka SMK Pending
23/7/2016
Melibatkan komuniti luar
15.
Pameran Seni Visual tingkatan 6
2/10/2016
Melibatkan komuniti luar

 Penyertaan di luar sekolah

Bil.
Aktiviti/Pertandingan
Tarikh
Kedudukan
1
Pertandingan lanskap oleh MBKS
22/8/2015
Tempat ketiga
2.
Pertandingan Seni Visual Catan Bahagian Kuching
3/9/2015
Tempat ketiga
3.
Pertandingan merekacipta hiasan sempena Hari Gawai
22/5/2015
Tempat ketiga
4.
Karnival pelancongan pelajar (K3P) peringkat negeri
13 – 16/9/2016
-
5.
Pertandingan “Sustainability Through Recycling Innovation”
26/10/2016
Johan

Penghijauan taman dan persekitaran sekolah

1 Taman Membaca

Taman Membaca  terdapat di hadapan blok   pentadbiran. Oleh sebab tahap membaca dalam kalangan warga SMK Pending masih rendah, taman ini diletakkan di situ untuk memperingatkan warga SMK Pending bahawa “Membaca Jambatan Ilmu”.

Taman ini diwujudkan pada pertengahan tahun 2014, hasil idea Cikgu Sim Siaw Phing dan Cikgu Soo Wee Khiong. Taman ini diletakkan di bawah jagaan Kelab Bookalious sesi petang.
Tempat duduk dan rak simpanan buku

Lukisan mural untuk mengingatkan kepentingan membaca

2 Taman ‘Zebra

Taman ini diwujudkan pada pertengahan tahun 2015, cetusan idea daripada Cik Sim Siaw Phing dan Encik Soo Wee Khiong. Pelajar-pelajar di SMK  Pending dinasihatkan supaya belajar daripada sifat-sifat kuda belang iaitu sentiasa peka dan cepat  bertindak untuk mencapai kecemerlangan. Hiasan dalam taman ini berubah mengikut perayaan.

Mural di Taman Zebra


hiasan-hiasan yang sentiasa berubah


3 Taman Panda

Persekitaran taman yang ceria

   
Taman ini dibina selepas siap pembinaan   Taman Zebra. Taman ini juga merupakan kerjasama antara Cik Sim Siaw Phing dan Encik Soo Wee Khiong. Panda melambangkan keseimbangan Yin dan Yang disebabkan warna kontras kulit binatang tersebut. Taman tersebut bertujuan untuk mengingatkan warga Pending keperluan keseimbangan yin dan yang dalam melakukan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka.

4 Taman ‘Dreams

Taman ini merupakan taman yang terakhir yang diusahakan oleh Cik Sim Siaw Phing dan Encik Soo Wee Khiong pada tahun 2015 .
Dari jauh, peti-peti surat kelihatan berwarna merah. Setiap peti surat ini diumpamakan impian pelajar. Kunci di peti surat ini perlu dibuka oleh pelajar dengan bantuan guru-guru. Taman ini bertujuan untuk menyedarkan warga Pending bahawa tidak mustahil satu-satu impian direalisasikan


       Mural ‘Dreams’
5 Taman KITA
Taman ini ialah ilham daripada Cikgu Chong Mei Jin pada tahun 2014. Taman ini terdapat di hadapan  Blok A dan di bawah kendalian Kelab BOSS. Taman KITA merupakan inisiatif Jawatankuasa SPBT untuk menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar dan indah dan seterusnya menarik minat pelajar-pelajar untuk hadir ke sekolah


pandangan dari atas


4.6.6 Taman Sains
Taman Sains diwujudkan untuk menceriakan Blok Makmal Sains dengan unsur-unsur sains agar dapat memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dengan harapan keputusan mereka dalam mata pelajaran sains dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran dan tanggungjawab warga SMK Pending terhadap usaha memelihara alam sekitar juga dapat dipupuk.
Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian : Taman Robot yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula, The Living Spring yang menyediakan kesejukan kepada kawasan sekitar dan Taman Fizik.

The Living Spring : Kolam ini menjadi badan air yang memberi kesejukan kepada semua taman-taman di SMK Pending
 Taman Robot : Semua barang-barang di sini diperbuat daripada bahan kitar semula
Mural ‘Eksperimen’

7 Taman Fizik
Taman ini merupakan projek ulung Alumni SMK Pending pada tahun 2016. Di dalam taman ini diletakkan sebuah bendul besar. Pelajar boleh menggerakkan bebola besi yang tergantung pada bendul untuk memahami teori keseimbangan Newton.
Di sini juga disediakan 2 buah meja dan kerusi untuk membolehkan pelajar duduk sambil mengulang kaji mata pelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga berlangsung di sini.
Papan notis di sebelah kanan dipaparkan sejarah SMK Pending manakala di sebelah kirinya dipamerkan bahan-bahan hiasan ciptaan pelajar yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Pengunjung sedang memerhatikan bahan hiasan yang diperbuat daripada bahan kitar semula

Bendul di Taman Fizik



8 Taman Ilmu
Kedudukannya bersebelahan dengan Taman Sains. Taman Ilmu ialah inisiatif dan kerjasama antara Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Keceriaan Sekolah dalam usaha menyediakan suasana dan tempat yang kondusif kepada warga SMK Pending untuk berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dalam kumpulan yang kecil tanpa mengganggu orang lain. 
Taman ini mula dibina oleh Pn. Rosnah Loh pada tahun 2012. Beliau merupakan guru pusat pada masa itu. Kerja penambahbaikan telah dijalankan pada tahun 2015 di bawah pimpinan Cik Debbie Bong.

9 Pusat Lestari
Pembentukan Pusat lestari pada tahun 2015. Pusat kitar semula di dalam persekitaran sekolah diharap dapat menyedarkan warga Pending tentang tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Secara  langsung, mereka akan berusaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. 
Bahan-bahan kitar semula yang dihasilkan oleh ahli PALs dipamerkan di sini.

Keadaan ceria di Pusat Lestari

Barang hiasan yang diperbuat daripada pasu pecah dan bahan buangan.


10 Pusat Kajicuaca
Pembinaan stesen kaji cuaca di SMK Pending merupakan ilham Panitia Geografi di bawah pimpinan En. Bong Siaw Phew pada tahun 2015. Stesen yang lengkap dengan peralatan kaji cuaca merupakan suatu pendedahan awal kepada pelajar. Pusat ini amat bermanfaat kepada pelajar-pelajar sebagai suatu proses pembelajaran di luar bilik darjah yang efektif. Stesen ini telah berjaya menarik minat pelajar untuk mendekati dan mendalami mata pelajaran Geografi.


Pandangan atas

Papan tanda

11 Taman Kaktus

Taman Kaktus telah diatur semula oleh Pn. Ho Yoke Yeng pada tahun 2016. Di sini terdapat pelbagai jenis kaktus yang boleh dilihat oleh pengunjung. Pada masa ini, taman ini adalah di bawah jagaan Kelab PALs sesi petang.


Tanaman kaktus yang terdapat di sini


12 Taman PPDA
Mural yg terdapat di Taman PPDA
Matlamat Taman PPDA (Pendidikan Pencegahan Dadah) adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada warga SMK Pending agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah. Mural-mural yang berkaitan dan bertemakan pendidikan pencegahan  untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Taman ini di bawah selenggaraan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.


13 Taman Sanggar Bitara
Projek ini dirancang oleh Pandu Puteri Pra-U di bawah pimpinan Pn. Noraida bt. Abdullah. Taman ini akan menjadi operasi Projek Bacadana Pandu Puteri Pra-U. Di sini dipaparkan ciri-ciri budaya etnik tempatan. Kebanyakan bahan-bahan pameran diperbuat daripada bahan kitar semula.
Tempat duduk daripada bahan kitar semula

Pondok Sanggar Bitara
14 Taman Herba
Idea pembentukan Taman herba tercetus daripada soalan kerja kursus Geografi PT3 pada tahun 2014, iaitu setiap pelajar perlu terlibat dengan penanaman pokok.  Pemarkahan adalah berdasarkan tumbesaran pokok tersebut. Lantas daripada itu, Pn. Ho Yoke Yeng telah mencadangkan sebuah taman herba yang boleh menjadi sumber rujukan semua warga Pending diwujudkan.
Kini terdapat lebih 60 spesis pokok herba ditanam di sini. Setiap pasu atau pokok telah dilabelkan dengan papan tanda. Maklumat tentang kegunaan pokok herba telah diletakkan di papan kenyataan yang ada di taman ini. Sesetengah daripadanya telah digantung di sepanjang pagar besi yang terdapat di sini.
Pada tahun 2016, taman ini telah ditambah dengan tapak jalanan refleksologi.  Warga Pending digalakkan bersenam pada awal pagi atau pada masa rehat untuk tujuan kesihatan.
Pandangan atas

Papan kenyataan untuk memaparkan faedah tanaman herba

Label tanaman herba


‘Ladybird’ dibuat daripada tayar
15 Taman Bahasa Inggeris
Taman Bahasa Inggeris ini ialah satu aktiviti  Panitia Bahasa Inggeris di bawah sarana sekolah pada tahun 2016. Taman ini juga banyak menggunakan bahan-bahan kitar semula. Misalnya huruf-huruf perkataan Inggeris yang dipaparkan di sini diperbuat daripada kepingan besi dan aluminium. Di sekitarnya diletakkan pasu-pasu pecah dan beg plastik yang telah digunakan untuk membentuk replika air terjun.
Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris digantung pada pokok

Keadaan taman yang ceria selepas transformasi

16 Taman KHB
Taman KHB terletak di antara blok KH dengan kantin. Taman ini diusahakan oleh guru-guru KH. Ilham membina taman ini dimulakan oleh Cikgu Kamarulzaman pada tahun 2015. Tujuan membina dua buah tembok kayu adalah untuk membolehkan tanaman bunga menjalar naik. Landskap ini dapat menambahkan keceriaan kawasan tersebut di samping menghalang pelajar-pelajar yang sedang belajar di kelas-kelas 6 Rendah  melihat kerenah pelajar di kantin.
Salah satu dinding hiasan di Taman KHB


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners