SMK Pending digemparkan dengan bunyi siren pada petang tadi kira-kira pukul 2.30 petang. Semua pelajar bergegas turun mengikut laluan masing-masing untuk menyelamatkan diri. Dua tempat berkumpul telah menjadi kawasan untuk menyelamatkan diri. Kesemua pelajar telah dipantau oleh guru tingkatan bagi memastikan mereka berada di kawasan tempat berkumpul. Ini merupakan satu latihan kebakaran jika berlaku bencana yang tidak diingini.
Sepasukan kereta bomba telah datang ke SMK Pending bagi memberi penjelasan berkenaan penggunaan pemadam api yang betul jika berlaku kecemasan. Pelajar dan guru diberi peluang untuk mencuba sendiri bagaimana menggunakan pemadam api. Semoga sesi ini memberi pengetahuan dan menafaat kepada warga SMK Pending jika berlaku kecemasan