SEKOLAHKU, TAMANKU

SMK Pending - keindahan mempesona, keceriaan menggamit ceria warganya.































SARAWAK RIVER ART COMPETITION

Pertandingan Seni Sungai Sarawak telah diadakan di Waterfront Kuching bersempena sambutan perayaan Hari Sarawak pada 22 Julai 2019.

Peserta dari SMK Pending telah mengungguli kategori Sajak.
Muhamad Nur Rasyid Rosli ( Tingkatan 6 Semester 1)dinobatkan sebagai  juara  dengan sajaknya bertajuk "Rajuk Sungai"  manakala  Siti Nasuha Abdullah ( Tingkatan 6 Semester 3) meraih tempat kedua dengan sajaknya bertajuk "Kisah Benar Saya". Manakala  Sammi Voon Sze Chee meraih tempat ketiga dengan deklamasi Sajak bertajuk “Our River, Our Life.
Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.


Pautan keratan akhbar tempatan:

https://www.newsarawaktribune.com.my/dont-wait-for-waste-collectors-folk-told/









KARNIVAL SUKAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Karnival Sukan Rakyat Peringkat Negeri anjuran SMK Pending telah diaksanakan dengan jayanya pada 16-17 Julai 2019. Terima kasih kepada semua pihak yang telah secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Pending A, SMK Pending B, SMK Tun Abang Haji Openg, SMK Bako, SMK Batu Lintang dan SMK Tarat. Lebih kurang 300  peserta yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan batu Seremban, congkak, galah Panjang, lari dalam guni, futsal kain pelikat, patanque, bowling buah kelapa, selipar gergasi, terompah kelapa dan tarik tali.

Johan : SMK Tun Abang Hj Openg Kuching
Naib Johan: SMK Pending 
Ketiga: SMK Bako



























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners