SMK Pending Menang lagi dalam pertandingan Landscape anjuran _MBKS

Sekali lagi SMK Pending telah mempertahankan kejuaraannya dalam pertandingan landscape anjuran MBKS. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dengan diiringi Datuk Bandar Kuching Selatan. Berikut adalah keputusan pertandingan

Keputusan muktamad pertandingan landskap sekolah mbks :
1. SMK Pending
2. SMK Kch town 1
3. Kolej vokasional 
4. SMK Bt lintang 
5. Chung hua no 3
6. Lodge
7. Tabuan jaya

Dengan kejayaan ini SMK Pending membawa pulang sebuah piala, wang tunai sebanyak RM 3 000 beserta sijil. Tuan Pengetua dan Pn Ho Yoke Ying telah tampil ke pentas untuk mengambil hadiah tersebut









MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Pelancaran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 16 Ogos 2018 di Dewan Global SMK Pending. Semua warga SMK Pending berhimpun tepat jam 10.00 pagi. Acara bermula dengan perarakan masuk bendera yang dibawa oleh pelajar Unit Beruniform. Pengetua kemudiannya melancarkan bulan kebangsaan dengan diiringi PK Akademik dan PKKK melancarkan gimik pelancaran.

Pelbagai acara telah diadakan sempena pelancaran ini yang antara lain ucapan pengetua, persembahan pelajar dan juga nyanyian beberapa buah lagu patriotik. Sambutan dan pelancara yang agak sederhana ini diharapkan dapat Menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid dan Menghargai kemerdekaan negara.














Pameran dan Persembahan sempena Majlis Penutupan Pertandingan Reka Bentuk Jambatan (Pendekatan STEAM) Sekolah Menengah Daerah Kuching 2018

Pameran ini diadakan pada 30 Julai 2018 bertempat di Pasar Raya Mydin, Petra Jaya, Kuching. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Raul anak Stephen Hardin (6R3), Nur Izznida bt Japar (6R3), Brenda Sharon anak Wagner (6R3) & Olivia anak Jeraiee (6R3) dengan diiringi oleh Pn Ho Yoke Yeng dan Pn Oh Li Ying


Bahan-bahan inovasi kitar semula yang direka oleh pelajar-pelajar SMKP telah dipamerkan semasa pertandingan kitar semula dari tahun 2016 hingga 2018. Terdapat juga bahan kitar semula yang dicipta oleh guru-guru SMKP. Pelajar-pelajar juga mempamerkan carembuat enzim. Kad-kad kecil yang mempunyai resipi membuat enzim telah diberikan kepada pengunjuna mg yang berminat.







Hari Perpaduan SMK Pending 2018

Sambutan Hari Perpaduan SMK Pending telah diadakan pada 11 Ogos 2018. Sebanyak dua buah sekolah telah dijemput untuk menjayakan Hari Perpaduan ini iaitu dari sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya. Acara bermula dengan ketibaan wakil pengetua dari SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya diikuti dengan ketibaan tetamu khas iaitu Puan Kamariah Binti Said, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching.

Acara bermula dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua SMK Pending diikuti dengan ucapan Puan Kamariah. Beliau menegaskan antara lain betapa pentingnya perpaduan kaum dan intergrasi nasional bagi menjamin kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara berkekalan. Dalam ucapannya itu juga beliau menegaskan betapa uniknya Sarawak sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat duduk bersama menikmati juadah makanan. Beliau kemudiannya bersama pengetua, wakil Alumni SMK Pending dan juga wakil YDP Pibg telah melakukan gimik perpaduan. 

Acara seterusnya merupakan persembahan berupa tayangan multimedia, persembahan tarian etnik dari SMK Pending, Persembahan dari sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya dan Persembahan live band dari SMK Pending. Kemuncak Hari Perpaduan,  semua yang hadir dalam majlis ini menjamu selera yang merupakan juadah bawaan daripada para pelajar, guru dan AKP SMK pending. 













 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners