Lawatan Program Pemantauan dan Pencerapan Bersepadu Sekolah-sekolah Menengah 2015 PPD Kuching

Pada 2 Februari 2015 PPD beserta rombongannya seramai 6 orang telah melawat ke SMK Pending dan sempat bersama para pelajar pada perhimpunan mingguan sekolah. PPD Kuching iaitu Dr.Sulhi Lamat telah memberi ucapan ringkas dan penuh semangat agar para pelajar berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menjamin masa depan mereka sendiri. 

Beberapa orang guru dari Bidang Kemanusiaan, Bidang Matematik dan Sains serta Bidang Kemanusiaan telah dicerap pada hari tersebut dan pada sebelah petangnya pula diadakan sesi perkongsian ilmu yang bermula dari pukul 2.00 petang hinggalah pukul 4.30 petang. Pada akhir sesi pemberian cenderamata diadakan.







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners