Satu Murid Satu Sukan

Acara senam robik Satu murid satu sukan telah diadakan di seluruh negara pada hari ini 10.7.2012 (Selasa). Bagi SMK Pending, aktiviti ini dijalankan di   dua tempat berasingan iaitu di tempat letak kereta dan juga di Dewan Global. Seramai lebih 668 orang pelajar terlibat dalam aktiviti ini yang terdiri daripada pelajar sesi pagi. Semua guru sesi pagi turut terlibat bersama-sama pelajar  untuk memeriahkan suasana senaman satu murid satu sukan ini. Aktiviti ini juga turut melibatkan kakitangan bukan akademik. Mereka ini terdiri daripada empat orang dan salah seorang daripada mereka sarat mengandung tetapi semanagat yang tinggi yang ditunjukkan patut dicontohi. Senaman ini juga melibatkan dua orang dalam kalangan ibubapa. Semoga aktiviti ini berterusan kerana aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang baik untuk kesihatan disamping mengeratkan lagi hubungan antara warga SMK Pending 

Kelihatan ibu yang sarat mengandung turut serta dalam program ini.
Bersantai setelah penat melakukan senam robik satu murid satu sukan
Antara kaum ibu yang turut serta


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners