Mesyuarat Agung PIBG 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah berlangsung pada 1 Mac 2014 (Sabtu) yang lepas.  Seramai 410 orang ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar serta guru-guru SMK Pending telah hadir .  Mesyuarat yang bermula pada pukul 8:00 pagi telah  dipengerusikan oleh Tn. Hj Ahmadi Amnan (Yang Dipertua PIBG sesi 2010/2012) .  Agenda mesyuarat ialah Ucapan Pengetua, Ucapan Yang Dipertua PIBG , Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan lepas , Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember sebelumnya , Membahaskan Usul , Pembubaran JK PIBG bagi tahun 2012/2014 , Pemilihan JK PIBG bagi tahun 2014/2016 , Pemilihan Juruaudit Dalaman  dan Ucapan Penangguhan Mesyuarat.   Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada YDP dan AJK lama dan  seterusnya  sesi bergambar AJK PIBG 2012/2014  dan AJK PIBG 2014/2016.
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK PENDING 2014/2016
Yang Dipertua              :  PN  HAN  CHONG  ENG
Naib Yang Dipertua     :  CIKGU NORLELA  ABDULLAH
Setiausaha                    :  CIKGU ANITA  HASBI
Penolong Setiausaha  :  PN.  KINNA  AK  ACHU
Bendahari                      :  CIKGU LIM  LEE KIANG
Penolong Bendahari    : CIKGU MANSOR ZAINAL
Ahli Jawatankuasa      :  HII  KWONG  ING (PK 1)
Ahli Jawatankuasa      :  WONG NGUK CHIN (PK HEM)
Ahli Jawatankuasa      :  ROSLAN  SUMIRAN (PK KOKU)
Ahli Jawatankuasa      :  SII  AI SIAN (PK T6 )
Ahli Jawatankuasa      :  HAZEL  GEORGE (PK PETANG)
Ahli Jawatankuasa      : PN AHKAN AK  DOIT
Ahli Jawatankuasa      : EN. LEWIS AK  SELI
Ahli Jawatankuasa      : EN. DICKIE AK KIWIT
Ahli Jawatankuasa      : EN. MORRIS  AK  SANYIB
Ahli Jawatankuasa      : PN.  CHRISTINA  JUGAG

Laporan disediakan oleh Anita Hasbi
Jurugambar Pn Sng Mee Siong


Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Bahagian Kuching 2014

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Bahagian Kuching telah diadakan di SMK Semantan pada 28 hingga 2 Mac 2014 dengan kerjasama Unit Kokurikulum, SPPK Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya Pertandingan Kawad kaki berpasukan, Ikatan dan Simpulan, Backwood Cooking, Gajet dan Tapak Khemah, jerat dan sebagainya. SMK Pending telah menghantar beberapa orang pelajar bersama guru pengiring Pn Soffie Balqis dan Encik Chung untuk menyertai aktiviti pertandingan ini. Keputusannya sekolah kita berjaya mencapai beberapa kemenangan yang membanggakan. Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat. Berikut keputusan penuh pertandingan

Kadet Putera
Naib Johan  - Ikatan dan simpulan
Ketiga        - Ikhtiar Hidup
Ketiga        - Standard Khemah/Kem Kraf

Kadet Puteri
Naib Johan  - Ikatan dan simpulan
                 - Ikhtiar Hidup
Ketiga        - Standard Khemah/Kem Kraf


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners