Pertandingan Bola Jaring 18 TKB 2011





Pertandingan ini diadakan di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Matang. Guru Pengiringnya ialah Cikgu Roslan Sumiran, Cikgu Siti Nuraya Marican, Cikgu Hartini dan Cikgu Maria. Pasukan SMK Pending telah berjaya menjadi naib johan peringkat kumpulan dan hanya mara ke peringkat suku akhir. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar ini yang cuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan. Bagaimanapun dua orang pelajar SMK Pending telah terpilih sebagai pemain peringkat bahagian Kuching iaitu adik Masamirah binti Khamis dan adik Nurmaizatul Hana binti Abdul Wahab.

Taklimat Kecemasan Penggunaan Talian 999






Taklimat ini telah diadakan pada 18.4.2011 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Program ini telah dibawah Kelab Pencegahan Jenayah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat telah diberi penerangan tentang talian kecemasan ini. Dijelaskan juga tentang denda yang dikenakan jika menyalahgunakan talian ini. Seramai empat orang wakil daripada Jabatan Pertahanan Awam telah memberikan penjelasan berkenaan talian ini. Diakhir ceramah, beberapa soalan kuiz telah diadakan dengan hadiah yang lumayan. Sebelum bersurai pelajar-pelajar telah membaca ikrar yang membawa maksud tidak menyalahgunakan talian ini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners