Pameran Pendidikan dan Kerjaya 2018

Pameran Pendidikan dan Kerjaya 2018 telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 25 April 2018. Sebanyak buah institusi telah mengambil bahagian. Pelajar tingkatan 5 dan 6 telah dijemput untuk menyaksikan pameran ini. Dengan adanya pameran ini telah memberi ruang kepada pelajar dalam memilih institusi yang sesuai dengan mereka. Pemeran ini telah dirasmikan oleh PK Akademik Pn Hii.









Kem Kepimpinan Belia

Kem Kepimpinan Belia anjuran Emart dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling SMK Pending telah diadakan dari 20 - 22 April 2018 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Seramai 111 orang pelajar telah terpilih dalam program ini dengan melibatkan seramai 15 orang fasilitator dari emart diketuai oleh saudara Chai Ko Chong dan dibantu oleh  Brenda Chan Sien Jia

Tujuan kem ini adalah untuk :

1. Memupuk kesedaran diri tentang diri, menghargai diri dan menghormati hak diri & orang lain.
2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berdisiplin untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan kemahiran memimpin rakan.
4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin dalam mencapai kejayaan hidup.
5. Memotivasikan peserta supaya dapat belajar dengan lebih teratur dan menanam sifat cintakan sekolah dan ilmu pengetahuan.

Para ibu bapa juga dijemput pada hari terakhir untuk memberi kata perangsang kepada anak-anak mereka dalam menghadapi masa depan mereka.































Warga SMK Pending menerima telefon pintar percuma


Pada 20 April 2018, warga SMK Pending telah menerima telefon pintar secara percuma berjenama "Yes". Dengan penerimaan telefon pintar ini para guru mendapat 4GB secara percuma iaitu 2GB panggilan percuma kesemua nombor Yes dan 2Gb lagi untuk internet 4G. Para guru boleh menaik taraf pelan ini dengan menambah bayaran RM 29 ringgit sebulan dengan 6Gb panggilan dan SMS percuma tanpa had ke semua nombor YES dan 2Gb Broadband.  Untuk menaik taraf kemudahan ini guru-guru boleh gunakan aplikasi YES POSTPAID DATA yg ada dlm telefon pintar untuk membayar secara Online

Dengan adanya telefon pintar ini diharapkan para guru dapat menggunakan atau mengalami pengalaman YES Altitude dengan menyertai komuniti tempatan dan global pendidikan melalui media sosial. Guru juga boleh akses emel 1BestariNet dan menggunakan aplikasi frog bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Antara aplikasi frog ialah Frog Assigments bagi memantau tugasan yg dihantar kepada pelajar, Frog Snap iaitu berkongsi detik-detik bermakna denganrakan guru,pelajar serta ibu bapa melalui Frog VLE. Para guru juga boleh menggunakan aplikasi Frog Chat dengan berkolaborasi dan komunikasi dengan komuniti dalam dan luar sekolah. 

Selesai pengagihan telefon pintar ini, pengetua SMK Pending telah memberi peneragan serba ringkas tentang penggunaan telefon pintar ini. Semoga dengan adanya telefon pintar ini dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada para guru malah pelajar dan ibubapa dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran agar mereka berjaya dalam pelajaran. 


https://goo.gl/XEmtRK








Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 38 SMK Pending


Kejohanan ini berlangsung selama dua hari bermula pada 19 hingga 20 April 2018. Kesemua acara yang dipertandingkan berlangsung di Sekolah Sukan Tabuan Jaya melainkan acara lembing dan cakera telah diadakan pada hari berikutnya bertempat di SMK Pending. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan kali ini. Sepanjang kejohanan ini berlangsung pihak Vico telah memberi minuman percuma sepanjang kejohanan hari pertama. Acara lintas langsung telah diadakan dan seterusnya pengetua SMK Pending. En Yong merasmikan kejohanan kali ini

Tahniah juga kepada ketua rumah sukan tahun ini iaitu En Randy Angi daripada rumah Sastria, En Ahmad Hamidi daripada rumah Waja, En Andrew Janwari daripada rumah Perdana dan En Simon Suimi daripada rumah Kenari. Keputusan tidak rasmi 

Johan    ; Rumah Waja
naib johan : Rumah Sastria
tempat ketiga  : Rumah Kenari
tempat keempat : Rumah Perdana












untuk gambar yang lain sila klik link  :   https://goo.gl/ra4wdu






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners